May 25, 2012

Ikatan dan diikat..,

Aku sebenarnya sudah nekad. Hujung tahun ni aku nak pinang anak dara orang. Tak kira lah memana makwe yang sudi. Bukan aku gatai sangat pun. Tak. Tapi aku malas nak fikir pepanjang. Lebih-lebih lagi  bila aku fikir soal hidup ini yang bersifat sementara. kan? bergeliga otak aku bagi alasan..

Kawan aku sana sini sudah kahwin. Ada yang dah beranak pinak, subur gila babi. Aku tengok pun tersedak. Terasa baru je semalam dia nikah. alih-alih aku tengok gambar, dah ada dua orang anak dah. Mahunya aku tak jeles. Aku pun nak ada pewaris adyshah junior juga. Yang kental dengan ciri-ciri aku dan bini aku. kacak tu toksa cakap. kompem sangat. Tahu dah..

Sedang aku fikir-fikir nak kahwin. tiba-tiba aku fikir pula pasal duit segala. Sekarang ni, bukan macam zaman nabi. Cakap je berdegar dekat facebook. share artikel pasal kahwin dan jangan membazir. letak hantaran murah-murah. alih-alih Rm50K juga terbang. Yang seksa, kaum adam lah. Aku misalnya. kerja pun tak tetap. Pening juga bila fikir..Harap ada pihak sangup taja aku kahwin. Taja catering je pun, takpe..

Aku kabor dekat ibu hari tu, tahun depan aku nak kahwin. Tak kira bagaimana halangan aku harus tempuh. Redah api ke, belukar ke, berenang lautan api ke, aku sangup redah!! lincah aku berkata dengan ibu. Ibu aku lihat diam je sambil bermain game 'angrybird'. Dah agak dah orang tua ni. Kalau tak kena dihatinya, dia tak akan layan sangat. Cukup dia buat-buat jaga hati aku..xpe

Gaya aku cakap masa tu persis dalam telenovela melayu. Babak dimana sepasang sejoli mengikat janji ingin 'membina masjid'. Geli pula bila aku fikir. mahunya aku muntah hijau.puihh..Tapi serius aku cakap. Aku nak teruskan niat tu juga. Ntah dari mana aku dapat kekuatan. Mungkin petunjuk dari Tuhan. ye dak? Selalu lalai dengan hati. Lebih baik kahwin..

Soal rezeki aku tolak ketepi. Aku yakin, bila aku kahwin Tuhan akan bantu aku ringankan segalanya. Kerana masa tu aku telah berjaya mengalahkan saitan laknatullallah tu. Inshallah.Kukuh pendirianku ketika ini.

Sekarang aku kena persiapkan diri je. Kumpul duit serba sedikit. Lepas tu kumpul kekuatan berjumpa bapak mertua. Solat istiqarah ke, solat hajat ke. Biar bapak metua yang aku jumpa tu sejuk menerima aku dengan tangan terbuka sebagai menantunya..haha..Kalau dia tak nak, sah aku culik anak dia. Tak pun aku biar anak dia merindu aku. Padan muka. 

Bila aku berfikir semula, selalu saja akal yang nakal mengalahkan kewarasanku..Dasar adyshah..

Sekarang aku dah mula fikir. Mula merancang. Kalau doaku dimakbulkan Tuhan. Aku kena rancang hidup aku untuk 3 tahun mendatang. Ye. sebab, dalam masa 3 tahun itulah menjadi pengukur duduk berdirinya keluarga aku, kerjaya aku selepas itu. Aku kena rancang dan berusaha dari sekarang. Jangan tunggu sampai hari esok. seperti tagline courtmamot dulu-dulu dalam tibi. 

Kau jangan cakap bila kita fikir soal kahwin, kita ketika itu sedang meroyan kegatalan. No tak! tolong buang fikiran kolot kemelayuan itu. Ini semua atas rasa tanggungjawab kepada diri dan agama. kan? Jangan bagi alasan tak cukup ini, tak cukup itu. Semua itu boleh dicari kelak.

Aku harap ibu aku faham niat aku.Mak metua aku faham apa yang terbaik untuk anaknya. dan semua mereka faham. aku sudah cukup besar untuk pikul tanggungjawab ini. Apatah lagi pikul anak dara orang. I mean bakal bini aku. haha

Tuhan ringankan segala bebanan ini..

#aku harap bakal bini aku lepas masak 'ketam masak sos'..

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah ade makwe, elok dipercepatkan

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian