May 22, 2012

Menulis dalam kata,

Aku diperingatkan untuk berhati-hati dalam menulis, kerana mungkin ada yang terasa atau tersinggung. Aku tidak kesah dengan teguran seumpama itu. kerana bila aku ditegur dengan penulisanku ini, bermaksud ada juga yang masih setia membaca setiap perkataaanku, setia dengan setiap ayat yang aku ubah bertemankan hati yang usang. 

Aku tahu ayatku sedikit celaru, mungkin ramai yang tak faham maksud tersirat, aku tahu..ah aku juga kadang tidak faham, apatah lagi kamu..

Menulis bagi aku seperti satu terapi untuk menghilangkan segala kekeruhan hati, merungkai belitan rasa, memberi teman sunyi yang kejam, memberi harapan sebuah kekalutan. Bila aku menulis, segalanya aku luah disini, ditambah lagi dengan ayat yang sedikit pekat dengan bahasa tersirat.

Sekarang aku belajar untuk menerima segalanya dengan hati terbuka, dengan hati penuh kesyukuran atas apa yang berlaku. Aku lihat dunia disekelilingku dengan pelbagai warna. Warna yang aku sendiri tidak dapat cam dengan jelas. Kekaburan itu mungkin disebabkan posisi diri yang malas untuk ambil tahu dengan lebih lanjut..

Tujuan itu cukup jelas telah Allah tetapkan. Telah Allah tiup didalam hati kita, biar kita bertindak, biar kita berusaha untuk menggapai segalanya yang diimpikan.

Jangan memberi alasan  'payah', kerana itu punca kelemahan..

'Aku pandang kata itu, kerana ia mempunyai isi. bukan aku pandang kerana si penuturnya"

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian