May 22, 2012

Tuhan tidak pernah tidur,

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab dan asbab. Kalau kau terjatuh dihadapan orang ramai yang malunya bukan kepalang, pasti mungkin disebabkan dihati kau ketika itu ada perasaan tinggi diri. Dan Dia sebenarnya cuba menyedarkan kau dengan perkara seumpama itu. kan?

Sebab itulah keyakinan kepadaNya itu sangat penting. Supaya ianya dapat memandu kita kepada satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan. Dalam hal ini ramai yang gagal untuk yakin kepada perancanganNya. Dan aku juga kadang begitu. jujur.

Tapi setelah beberapa peristiwa berlaku dalam hidupku, dari kesengsaraan, kehinaan hingga kegumbiraan, baru aku faham bagaimana aturan Tuhan itu berjalan. 

Jika dilihat, setiap apa yang berlaku itu pasti mempunyai kitaran. Allah itu maha adil, Dia tidak akan memberi kegelapan kepada hambanya tanpa membekalkan sedikit cahaya sebagai petunjuk. Kitaran inilah yang harus kita belajar untuk kita fahami.Bagaimana kesakitan itu bermula, bagaimana kepayahan itu bermula dan bagaimana diaturNya kegembiraan diakhir kepayahan itu. Itulah sebenar-benar nikmat kehidupan yang sebenarnya harus kita rasai.

'Disebalik hujan ribut melanda, pasti ada pelangi disebaliknya'

Jangan risau jika hari ini hidup serba tak kena. Kena marah lecture, gagal dalam ujian, kena tinggal kekasih, putus cinta,tiada duit, kena gigit anjing, kematian, kemalangan, kecurian dan sebagainya. Jangan terlalu risau dan jangan terlalu bersedih, kerana disebalik perkara itu pasti ada kemudahan pasti ada kesenangan. InshaAllah. Bezanya ialah bagaimana kita didik diri untuk Redha atas apa yang berlaku itu. Disitu letaknya ketinggian iman kita.

Jangan selalu menyalahkan takdir, jangan selalu menyalahkan Tuhan atas apa yang berlaku, kerana Dia lebih mengetahui atas segalanya, dan ingat;

Tuhan pasti ada disetiap kepayahan kita..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian