May 3, 2012

Gila..,

Rasa itu selalu tidak jelas,
Selalu mencuri dikala tenang,
Selalu saja lelah dikala bahagia,
Tapi itu tidak boleh terhindar,
Kerana selagi bergelar manusia,
Kita terdedah daripada mengalami pelbagai perasaan,
Kau tahu?,
Mereka yang tidak mempunyai perasaan sedemikian adalah orang gila,
Mereka kata. Bukan aku!
Kalau begitu,
Aku ingin saja menjadi orang gila,
Biar hilang segalanya,
Biar aku gembira dikala mereka tertawa,
Biar aku tidak melakukan kesilapan lagi,
Biar, Biar, Biar,
Aku juga insan yang penuh napsu amarah,
Pantang dicabar tanpa bertindak,
Aku lempang kepala,
Aku cubit paha kiri yang kurus meleding,
Ah sakit..
Alhamdulillah..
Aku tidak bermimpi,
Tuhan dah tentukan segalanya,
Kan?
Kenapa perlu gusar atas pilihanNya?
Normal, Gila, Baik bukan kau yang tentukan,
But Allah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian