May 3, 2012

Adriana..,

Dibiarnya hati itu kosong. Semahunya dia tidak ingin melakukan apa-apa perkara sebagai usaha kepada dirinya untuk mengakui kesilapan. Jelek sungguh. 

Biar saja diri begini, tiada siapa risau, tiada siapa peduli. Adriana mengeluh kecil. Baginya perkara ini adalah ujian yang terbesar kepada diri.Ujian kepada hati.

Diperhatinya dedaun dari ruang jendela. Melambai-lambai mengikut alunan angin petang. Kadang angin itu menyapa juga dipipinya yang mulus. Dibibir mata terjurai mutiara halus tanpa disedarinya. Ah, persetan. Aku bukan perempuan yang lemah. Yang terkesan dengan lelaki tak guna itu. 

"Sekali aku kelip mata di tepi jalan, berduyun-duyun kereta berhenti.Itu belum lagi aku bersuara." Tergelak hatinya sendiri memikirkan imaginasi nakalnya. Adriana memang tiada kurang berbanding perempuan yang lain. Tapi, hanya jantan tak guna itu saja yang tidak tahu menghargai. Mungkin dia terlalu digilai ramai wanita hingga dia terruja untuk melayani setiap daripada mereka. atas nama 'kebajikan' mungkin. setan!

"Kalau sudah lelaki tidak dapat membezakan antara kaca dan permata, maka dia itu tidak layak untuk dikahwini. Mahu nanti bermadu ke Ad?" ujar anita yang dari tadi memerhati Adriana yang sugul mencuka. 

"aku kelirulah ta"

"kau bukan keliru, tapi kau ego. Kau Buta melihat apa yang telah berlaku. dan apa yang akan kau hadapi bila kau terus menerus memberi peluang orang lain memijak kepalamu. Tahu?" ujar anita sedikit fed up..

' Em yela"

"Ikut kaulah, jangan nanti menyesal tak sudah dah"

Adriana masih lagi melamun dihadapan jendela bilik. Dia masih lagi membiarkan dirinya ditampar angin petang yang sedikit mengurangkan perit dihati. Dia berkali-kali menyoal diri. Apa yang aku inginkan darinya lagi? tak cukupkah aku dipermainkan?tak cukupkah aku dipergunakan?tak cukupkah aku dimalukan oleh rakan-rakannya itu? tak cukupkah aku sedar dengan semua ini???Adriana wake up! kau bukan budak kecik. Getus Adriana bergaduh dengan perasaannya sendiri..

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk aku hadapi semua ini. Jangan kau biarkan aku melakukan kesilapan berkali-kali. Aku tidak ingin memperbodohkan diri dan juga diperbodohkan. Aku bukan manusia yang tidak tahu membezakan kesilapan dengan kebenaran. Aku hanya insan yang lemah. Yang mempunyai perasaan tiada terkawal. Berilah aku kekuatan untuk keluar daripada masalah ini. Keluar daripada kepompong kelemahan ini. Aku tidak ingin dilihat lemah kerana mereka!"

Pudin?

Ah aku sungguh bersalah dengan diri lelaki itu.Aku tidak tahu bagaimana untuk aku perjelaskan, Aku malu. Tapi aku tidak dapat lari untuk mencari dirinya. Meluahkan segalanya dengan dirinya. Kerana aku selesa dengan diri yang aku hina itu. Dia tiada demand. Cuma perangainya sedikit menjengkelkan hati. Ah, perangai buruk itu semua orang ada. Aku juga panas baran. Tapi pudin tak pernah terkesan.Aku saja memberi alasan untuk menuup kesilapan diri.

Ntah. aku pun tidak tahu kenapa setiap kali itu aku akan mencari Pudin. Walaupun aku tahu, itu tidak adil bagi dirinya.Aku buang, aku pungut bagaikan sampah ditepi jalan. Aku pentingkan diri sendiri sangat ke? ujar Adriana mempersoalkan kewajaran tindakannya.

Aku yang tidak tahu bersyukur sebenarnya. Lihat rakanku yang lain. Yang sama-sama mempunyai bf ketika itu. Mereka semua kini berkira-kira untuk bertunang dan berkahwin. ahhhhhh....

Aku tahu, aku buta melihat untuk melihat segala kebaikkan yang diberikan Pudin. Aku buta untuk menilai dirinya. Aku ragut segalanya dengan sekelip mata hanya kerana hatiku sedikit terkesan dengan jantan tak guna itu. Terkesan dengan mereka. Arghhhhhh..

"Tuhan. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku tahu, berkali-kali Kau menjentikku, berkali-kali Kau mengingatkanku, berkali-kali Kau cuba menyedarkan aku, tapi aku yang terlalu ego untuk menilainya semula. Aku yang Sombong untuk menilai semua itu. Kerana aku percaya prinsip diri yang banyak menjatuhkan aku. Yang banyak membuatkan orang lain memandang rendah kepadaku.. Tuhan tolonglah aku.."

Air mata Adriana jatuh lagi. Pudin sudah hilang buat selamanya dari dirinya. Dia juga tidak tahu apa yang berlaku kepada Pudin semenjak dia meninggalkanya tempoh hari. Mungkin hidupnya kini bahagia. Hanya dia yang masih terkandas disudut ruang kosong ini. Yang dia sendiri inginkan. Walaupun dia menyesali, namun tiada guna. 

Jika dia kembali kepada lelaki tak guna itu, bermakna dia harus berperang dengan madu-madunya, dan akan sentiasa berperang dengan perasaan sendiri, curiga, cemburu, ditipu dan sebagainya.Bagaimana aku harus menghadapi semua itu??

"Tuhan aku ingin keluar daripada sini.. Tolong aku"..Rintih Adriana tidak tertahan..

Dia teringat pesanan anita. "Kalau ingin melupakan, buang segalanya, delete everything. Kita bukan insan yang lemah. Tidak guna menangis dengan perkara yang tidak membawa manfaat. Dihadapan ada banyak perkara yang  menunggu. Kenapa perlu berhenti disini walaupun ianya bukan perkara yang mengembirakan?"

Ya aku tidak harus berhenti disini..yakin Adriana kepada dirinya..
Aku perlu buang segalanya.
Aku harus bangkit..

****

Petikan daripada Novel "Adriana"..
hahaha


"Tuhan melontar kita dengan batu-batu kecil (ujian), tetapi sekiranya kita masih alpa, Tuhan mula melontar kita dengan batu-batu besar. Jangan sampai dilontar dengan batu bata... untuk tersedar dari alpa.
Dengarlah bisikan, jika tidak kita terpaksa mendengar jeritan!
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi ~"

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian