Apr 11, 2012

A story to remember..,

Kisah indah selalu bermula dari satu kisah sedih. Tidak kira bagaimana, dimana ia bermula pasti  sering bermula dari peristiwa yang tidak terduga. Kisah novel juga sering begitu. Apatah lagi drama tv swasta.

Pengalaman ini dicerita sendiri oleh rakan.

Selalu saja pakar motibasi mengatakan 'mereka yang sentiasa berada disisi kamu, saat jatuh bangun kamu adalah mereka yang layak menemanimu seumur hidup'. Kerana itu seringkali kita berkata, kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa ada ketika susah mahupun senang. Kerana pasangan hidup itu tidak harus berlandaskan suka, cinta, saja, tapi harus juga mampu bersama bila saat jatuh kita. Tiada bosan dan sebagainya.

Rakan karibku R selalu berkata, 'cinta manusia itu tidak akan kekal. Biar ia sendiri datang tanpa kita cari'. Tapi cerita ini tidak begitu. Rakanku menceritakan pengalaman cintanya kepadaku. Mereka bermula dengan baik. Atas dasar suka sama suka. Tangan itu bertepuk berbalas. Maka tiada unsur penipuan atau sebagainya.

Walaupun begitu, cuaca yang baik itu terganggu dengan hujan ribut yang berlaku ditengah jalan. Tiada apa rancangan itu akan mengikut apa yang kita inginkan. Pasti saja Tuhan akan memberikan ujian dan dugaan, samaada kita sanggup atau tidak untuk terima. Persahabatan itu dikhianati. Berkali-kali. Tapi rakanku masih lagi tersenyum pahit kerana yakin apa kata hatinya.

Rakanku ini seorang perempuan. Biasa kalau perempuan, sedikit lemah. Apatah lagi berhadapan dengan situasi begini. (aku juga tak dapat tahan). Namun dia tetap bersabar dengan segala dugaan itu dengan perasaan redha. Tanpa rasa menyesal.

Namun dia tetap bersabar dengan segalanya. Dia redha dengan segala apa yang berlaku. Aku tahu, hatinya  ketika itu mungkin remuk gila babi. Tapi dia still cool dengan keadaan. Buat-buat seperti apa yang berlaku itu tidak memberi kesan. Apa yang dia lakukan hanya bersabar dan bertawakal kepada Tuhan. Mungkin sayang itu terlalu menebal dan yakin itu adalah jodoh terbaiknya.

Berkat kesabarannya, apa yang aku tahu sekarang dia kini tengah seronok bergembira. Tiada lagi sedih duka lara itu. Semua telah kembali baik. Mungkin Tuhan hanya ingin menduga dirinya sedikit. Menjentiknya agar tidak berlebihan dalam perhubungan.

Dia selalu berpesan kepadaku, apa yang berlaku itu adalah atas ketentuanNya. Jangan terlalu berharap. Dan kini dia tengah menunggu hari untuk dipinang kekasihnya. Inshallah. Dan aku berdoa semoga apa hajat mereka itu akan terlaksana hendaknya.

Moralnya, bersabarlah dengan apa yang berlaku. Kalau kegembiraan yang datang kita boleh happy bagai, kenapa tidak kesedihan yang datang itu kita tidak boleh bersabar sedikit mungkin. Kerana disebalik itu, Allah telah sediakan apa yang lebih baik dari apa yang kita terlepas.

Dan, kunci ketenangan itu adalah kemaafan.

Ps : Thank you Anis..,

"If people are truly, madly, deeply in love with each other, they will find a way."



No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian