Apr 12, 2012

This time..,

Aku pijak waktu yang berlalu. Aku kunci rasa itu. Aku biar diri melakukan hal yang dia inginkan. Yakni tidur. Indah. Jiwa  yang kusut menjadi kosong. Seperti di subuh hari. Hanya bunyi kipas yang kedengaran. Unggas juga tidur. Mungkin kepenatan seharian mencari makanan.

Aku cuba percepatkan perjalanan. Aku buang ke tepi segala yang 'sampah'. Aku ceduk 'air' yang jernih. Aku basuh muka dengan penuh bersemangat. Biar mendapat berkat. Biar yang kusut akan terungkai. Biar yang pecah tidak melukai. Alhamdulillah. Kini, disebalik awan itu terbitnya pelangi. Dan pelangi yang selalu saja bertukar warna.

Hanya waktu bisa mengubati. Dan kini aku percaya itu. Tiada kata-kata 'sabar' untuk aku dengarkan. Apatah lagi kata-kata semangat yang mulai basi. Dan sungguh jelek untuk aku telan segala kata itu. Aku hanya perlu waktu. Semua itu telah jelas. Dan sekarang semua kini baik-baik saja. Bagai kekenduran hati penduduk acheh semalam yang menerima berita tiada ancaman tsunami. Setelah berlakunya gempa bumi sebanyak tiga kali. Aku juga begitu.

Setelah apa yang berlaku. Baru aku faham. Segala nasihatku kepada orang lain sebelum ini hanyalah penyedap hati sahaja. Tiada satu yang benar-benar berkesan. Bila hal itu yang kita alami, baru kita tahu tinggi langit itu bagaimana. Baru kita tahu, sakitnya kena lempang itu tidak sama dengan apa yang kita bayangkan.

"Sometimes, you have to get knocked down lower than you have ever been to stand back up taller than you ever were."

Tadi, aku ingat aku dah boleh dapat duit gaji. Tapi disebabkan ada masalah berlaku, maka  aku masih lagi tak dapat merima bayaran. Ntah. Aku dah tak rasa nak marah gila. (sikit je). Bagi aku, mungkin ada hikmah. Maka bersabar saja yang harus dilakukan. Inshallah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian