Apr 10, 2012

Restu..,

Kau lihat batu itu,
Walaupun ianya dipijak,
Namun dia masih saja setia menjadi alas kepada jalan-jalan manusia,
Kau lihat pokok itu,
Walaupun ianya dilempar,
Namun dia tetap tidak pernah lelah memberikan mereka buah sebagai balasan,
Itu kehidupan,
Seberat mana kita ditindas,
Jangan pernah bosan memberikan senyuman,
Tiada apa yang sempurna,
Apatah lagi manusia,
Yang tak lekang dengan dosa,
Benar,
Memaafkan itu kunci kepada ketenangan,
Kerana ketenangan itu ada pada hati,
Kau,
Aku tahu kau lihat jatuh bangunku,
Aku tahu kau tak pernah berhenti memapah aku untuk bangun,
Untuk terus memandang depan,
Tanpa hiraukan belakang yang kelam,
Kau,
Tak pernah aku terfikir dulu,
Bahawa kau seindah ini,
Yang punya hati bersih,
Tidak pernah mempertikai aku selama masa itu,
Walaupun aku tahu, kau tahu aku tidak jujur,
Ah itu dulu..,
Aku tidak ingin kau pandang itu lagi,
Kerana masa itu sudah berlalu,
Ya, biar mati ditelan masa,
Guna tiada melihat lagi,
Sekarang,
Aku hanya ingin memberi kepastian,
Agar hati tidak terasa,
Inshallah..
Restu Tuhan aku perlukan..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian