Apr 11, 2012

Pagi..,

Embun pagi masih lagi menetes disebalik dedaunan,
kicauan burung belum lagi kedengaran,
Deruan kereta juga tiada,
Sunyi tanpa semua itu,
Disebalik kamar sepi,
Aku lihat segalanya,
Menerobos dari dinding konkrit yang keras membisu,
Aku perhati masa itu,
Aku bongkar satu persatu,
Setahun dua kebelakang,
Dimana aku mula melihat kau yang sedang duduk membatu,
Dikebisingan suasana anak muda berinteraksi,
Kau tetap seperti itu,
Melempar senyuman bila perlu,
Berkata bila ditanya,
Ah, cepat sungguh masa itu pergi,
Aku ingin kembali ke saat itu,
Biar aku ulang semula adegan itu,
Agar aku dapat rasakan,
Keikhlasan itu yang kau semai,
Yang tidak pernah jemu melemparkan senyuman,
Walaupun hati kecil itu seringkali dipinggirkan,
Aku tertarik,
Tapi dalam diam aku cuba nafikan,
Konon ingin dilihat setia,
Ah,
Itu semua saitan, tiada makna guna,
Ah,
Itu semua palsu, tiada ikhlas guna,
Kekhilafan itu aku ingin tebus,
aku ingin lihat semua itu,
Lagi dan lagi, tanpa ada rasa jemu..
Berhenti curiga,
Kerana tautan ini sangat ampuh..
Pagi,
Aku harap tiada apa lagi yang berubah..
thank you pelangi,
Kerana memberi gembira disaat duka,
memberi sinar disaat semua kelam,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian