Apr 23, 2012

Petak pertama..,

kau tahu?

Perempuan yang bersama mu ketika kau menghadapi kesusahan dan tidak melarikan diri adalah ciri-ciri orang yang kau boleh jadikan bini. Begitu juga sebaliknya dengan lelaki. Hakikat selalu begitu. Kalau hubungan bermula dengan baik, maka akan baiklah disepanjang perjalanan.

Sebab itulah setiap kali perlumbaan formula 1 (kalau kamu perasan) mereka akan bertungkus lumus untuk mencatat masa terpantas semasa sesi ujian kepantasan sebelum perlumbaan. Kerana mereka berharap dapat menduduki petak pertama dalam litar perlumbaan.

Bila bermula di tempat yang baik, maka secara tak langsung disepanjang perlumbaan pasti akan baik.

Begitu juga dengan perhubungan. Bila kita bermula dengan baik, inshallah pasti akan sentiasa baik seterusnya. Tapi kadang tak semestinya juga berlaku. Ikut juga bagaimana qadak qadar ketentuanNya. Kan.

semoga berjalan lancar..,


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian