Apr 23, 2012

Otak..,

kau tahu?

Orang selalu kata, bila kita mempunyai pendidikan yang tinggi. Segala tindakan, segala percakapan kita adalah berdasarkan tahap pengetahuan yang kita ada. Sebolehnya kita akan bertindak berdasarkan pemikiran yang matang, bukan budak-budak yang baru mengenal erti dunia. kan?

Namun itu kadang tak berlaku. Ianya mungkin terbantut akibat daripada tekanan daripada perasaan atau hal yang lain. Tapi sebab utama pasti daripada gelojak perasaan akibat daripada peningkatan umur yang baru masuk kedalam tahap pra-matang.

Akibatnya, ramai yang bertindak berdasarkan kepuasan diri. Tidak melihat daripada aspek bagaimana tingginya dirinya dilihat sebagai mereka yang berpendidikan. Yang telah menjejak kaki ke menara gading. Mereka tegas mengatakan tindakan mereka itu adalah matang dan berdasarkan satu hal yang relevan, walhal hanya berlandaskan hati dan perasaan.

Kematangan itu bukan berdasarkan pandangan diri kita, melihat bagaimanakah diri kita berpijak dibumi. Tidak. Matang itu orang lain yang menilai. Kerana kadang kita melakukan satu-satu hal tanpa sedar.

Fikir guna otak bukan kepala lutut..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian