Apr 14, 2012

Permata yang hilang..,

Dipondok usang itu,
Aku lihat semua masih segar,
Atap nipah berdinding buluh,
Masih seperti itu,
Tiada apa berubah,
Mungkin perasaan  menilai yang kian berbeza,
Kau pernah lihat pelangi?
Disitu hatiku berada,
Jauh disebalik kegelapan hari,
Yang datang disebalik mimpi,
Kau?
Masih enak disana,
Yang buas mengejar gelora,
Aku tidak sekejam itu,
Sungguh,
Kau lihat itu?
Aku tersenyum memandang sekilas,
Tuhan tidak pernah tidur,
Tidak akan lelah melihat hambanya,
Rasa hatiku itu sangat kuat,
Dan kau yang jauh ditimur,
Jangan pernah ragu lagi,
Keberadaanku ini adalah dari dirimu
Terima kasih,
Kerana melihat aku  sebagai sebutir permata..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian