Apr 14, 2012

Berfikir sejenak dahulu..,

Cerita soal diri, banyak perkara aku tersesal. Tapi sesal sekarang adalah perkara bodoh. Kerana setiap yang berlaku itu mempunyai sebab. Dan semua itu atas kehendakNya juga. Bukan kau yang ingin.

Ketawa, menangis, terluka, sakit, patah kaki, tercabut gigi, dilempang, disepak terajang, dihina bagai, itu semua adalah asam garam kehidupan. Kau tak rasa, bermakna kau fail untuk merasai nikmat sebagai seorang manusia. Apatah lagi dengan hidup ini yang terlalu singkat.

Tapi jangan cari masalah. Kerana bila kau mencari masalah, bermakna kau lebih buruk dari hari sebelumnya. Orang yang lebih buruk daripada  hari sebelumnya adalah mereka yang rugi. Kau mahu rugi? bagai kau berniaga nasi lemak, tapi duit yang kau tinggal didalam tabung ditepi lorong kolej itu dikebas orang. kau rasa apa? ada kau cakap 'em tak apa, mungkin bukan rezekiku?'at least mesti kau cakap benda buruk. 

Kalau aku, paling koman aku cakap saitan hahaha.

Ayah aku masih lagi gout. Aku makin risau, makin sedih, makin tinggi gelojak hati ingin balik rumah lagi. Tapi rasa itu hanya dalam hati. Duit claim kerja masih lagi tak kunjung tiba. Hampir sebulan menanti. Tinggal tunggu masa makan pasir berlauk batu. Tolong doa semoga disembuhkan ayah aku. Amin.

Kau hidup, jangan terlalu banyak lakukan perkara yang sia-sia. Takut nanti kau terbiasa melakukannya hingga mengabaikan perkara yang tidak sepatutnya. jangan cakap kau mampu berubah kelak. Kerana, jika kau tak mula sekarang, sampai bila kau tidak akan berubah.

Lihat aku, cool. hahaha fine aku puji diri lagi. Masalah yang datang itu akan mematangkan kita. Jangan malu menangis bila masalah itu tiba, tapi malulah bila kau tidak mampu bangkit untuk keluar daripada masalah itu. Lagi malu bila kau biarkan kebodohan itu dengan melakukan kesilapan yang serupa berkali kali. Ingat, dunia ini adalah adil. Aku percaya peluang kedua itu pasti ada. Jangan berhenti berharap.

err sekian

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian