Apr 15, 2012

PergiJauh..,

Satu akan menyusahkan mu, bila kau memahami perangai orang lain melebihi kau memahami diri sendiri. itu adalah sangat sukar untuk kau angarkan dan agak sukar untuk kau agak. Sebab kau sudah tahu apakah tindakannya selanjutnya. kau faham? Analoginya seperti melihat siaran ulangan bola.

Macam kau dengan mak kau. Bila dia nak marah, mesti kau tahu hint dia nak marah bagaimana. Mungkin dia akan jegilkan biji mata, atau dia biarkan kau kelaparan sebab dia tak masak, atau dia tak nak bercakap dengan kau. Maka sebelum berlaku apa-apa perkara, kau sudah tahu samaada dia marah atau tidak. dan kau tahu apa tindakan kau selepas itu yang kau perlu ambil.

Sangat payah. Kerana kau mungkin tertekan dengan masa. dengan diri. Atau dengan keadaan. Kau cuba mengelak, tapi saitan itu pasti ada berbisik dihati itu dan ini. Dasar saitan yang tak pernah berhenti berharap.

Faham? 

Aku juga begitu. Bila aku suka. Bila aku sayang sesuatu. Aku cuba untuk memahami apa yang aku sayang itu. Biar aku tahu bagaimana dia, apa dia inginkan, kenapa dia begitu dan sebagainya. Mudah. Mudah untuk aku mentafsir segalanya. Tapi itu juga menjadi masalah bila kau tahu segala tindakannya. Hatinya bagaimana dan sebagainya. Kau jadi penasaran. Kau tahu melebihi dia mengetahuinya.

Love is "when you love a person more than you love yourself."

Bila sudah begitu keadaannya. Kau pasti tahu apa yang ada didalam hati. Dan apakah getaran ini hanyalah temporary feeling, atau memang shit yang datang berkali-kali. Aku juga tidak tahu. dan  aku lemas dengan keadaan itu. Aku sudah bosan menunggu. Sungguh. Aku bagi peluang sana sini. Tapi masih tidak terlihat.

Aku tahu hati itu bagaimana. Kau cakap lain, kau fikir lain. Aku kenali itu dan aku tidak ingin melihat ianya pergi. Aku cuba tadi. Tapi aku gagal. hahaha. Bodoh bukan? sangat bodoh bagi mereka yang percaya prinsip cinta itu harus diperjuangkan. Hati aku tidak pernah lupa. 

Aku tidak tahu. Jelek sungguh diri terasa.

Aku tahu apa akan terjadi kelak atas episod kali ini. Sungguh. Kau pasti teruskan demi ego diri. Aku pasti begitu. kau akan terima semula. Kerana aku lihat harapan itu dari setiap kata-katamu. kau tidak akan pernah give up dengan mudah. maka, Jangan kau datang kesini lagi. Hanya membawa mimpi ngeri. Teruskan apa yang kau niatkan itu. Semoga baik-baik saja. Aku tidak pernah gagal untuk mengenali mu..

Dan kau datin, i am really sorry. Berkali-kali aku janji, tapi aku selalu gagal. Aku terima segalanya sudah. sila lempar aku jauh-jauh. Biar mati. Biar tidak kelihatan jasad. Kerana aku juga tidak ingin berada disini. Sungguh..

sekian..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian