Apr 24, 2012

Master..,

Master ni bukan level Dr. falsafah. tahu?

Sebenarnya aku dah semakin gelap penglihatan melihat perjalanan progress masterku. Kekaburan itu ada dimerata-rata. Tiada boleh melarikan diri walau sekuat mana teguh aku menghadapinya.

Aku cuba berfikiran positif. Kerana aku tahu, Master ini tak perlu menyusahkan diri memikirkan pelbagai perkara yang rumit selayaknya seperti mereka yang belajar di level phd. Sungguh.

Aku dah banyak kali bagitau rakan, kita ini hanya dalam level Master. Kenapa terlalu membebankan diri untuk menjadikan thesis secantik awan diangkasa sedangkan masa yang dibazirkan dalam pengajian akan bertambah. Belum lagi cerita bab bebanan, tekanan dan kekangan yang ada. apa perlunya?

Bukan tidak ingin menjadi yang terbaik. Tapi cukup belajar untuk ukur baju dibadan sendiri. Aku dah tanya ramai ahli akademik. Semua memberi nasihat yang serupa. Kenapa perlu membebankan diri sedangkan ini hanya level master? Tidak perlu mencipta polisi baru atau mengkaji terlalu mendalam selayaknya mereka dalam Dr. falsafah..

Alasan apa yang perlu aku cari lagi jika semua mereka yang berpengalaman mengatakan perkara yang hampir serupa? Takkan aku perlu bazirkan beberapa tahun untuk menyiapkan thesis lagi? helo aku dah tua dah..

Aku ambil keputusan, aku perlu fikir untuk diri sendiri. Kalau mereka ingin dilihat power, gah dan sebgainya, cukuplah aku hanya biasa-biasa saja tapi dapat grad dalam masa yang ditetapkan. Dalam masa 2 tahun misalnya..Inshallah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian