Apr 23, 2012

Pilihan anda..,

Ramai yang teruja pilihan raya dah dekat..

Aku pun tak tahu kenapa terlalu ghairah sebegitu. Mungkin limpahan projek/duit bagai yang akan ditabur oleh parti-parti yang bertanding untuk memenangi hati rakyat. kan? sebenarnya aku pun tak tahu kenapa. Mungkin ini peperangan antara dua puak yang ingin berkuasa.

Perkara yang menakutkan ialah bila rakyat tidak tahu memilih yang mana satu yang boleh memimpin negara menjadi sebuah negara yang baik dan dapat membantu rakyat tanpa memilih kasih.

Aku melihat keadaan politik ini sehat. Tapi sebagai mereka yang mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang layak dipilih, kita memerlukan kebijaksaan untuk menilai.

Sebagai rakyat kita harus tahu menilai dan berfikir dan memilih diantara mereka yang pandai menabur janji melangit dengan pelbagai kesenangan diluar kemampuan dengan mereka yang berjanji mengikut kemampuan kapasitinya untuk menunaikan selepas pilihanraya.

Kita tidak ingin nanti, timbul isu tidak dapat menunaikan janji disebabkan kekangan itu dan ini, padahal kalau sudah dia mengetahui hal itu, kenapa perlu dia berjanji bulan dan bintang?

#bukan ahli politik sahaja harus bijak, rakyat juga harus bijak menilai permainan politik semasa.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian