Apr 25, 2012

Mahligai..,

kau tahu?

Orang kata kahwin itu tidak boleh tergesa-gesa. Kerana once kau dah kahwin, kau akan merubah segalanya. dari status sampai ke cara hidup kau. Sebab itu ada mereka yang kahwin lewat disebabkan ingin betul-betul mengenalpasti siapa pasangan yang sesuai untuk dia.

Persoalan disini, bagaimana dia tahu kalau pasangannya itu adalah yang telah ditetapkan Allah??? Sedangkan perkahwinan ini juga merupakan rahsia keagungan Allah? dan berapa lama dia perlu menanti, membazirkan masa beliau?

Sebab itu kita digalakkan untuk terus berdoa semoga siapa yang kita kenali dan bersama sekarang adalah orang yang akan bersama kita sampai ke akhir hayat. Yang setia menjaga kita. Yang akan terus menyayangi kita bila kita telah beruban, terbongkok-bongkok atau telah rontok gigi kelak.

Berdoalah semoga Allah tidak mempertemukan orang yang salah berkali-kali. Kerana kita tidak harus membuang masa beberapa ketika untuk bersama orang yang salah sedangkan orang yang layak dengan kita bukanlah dirinya. 

err sebenarnya aku nak kahwin cepat. Aku nak kurangkan beban apa yang aku hadapi sekarang bersama dengan 'tulang rusuk kiri'ku.. hehehe

sekian

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian