Apr 7, 2012

kamu..,

Kamu,
Aku tahu,
Kau terlalu memendam rasa selama ini,
Aku sedar,
Kerana aku terlalu pentingkan diri sendiri,

Kamu,
Terlalu banyak pelangi yang ingin aku gapai dalam hidup ini,
Terlalu banyak bintang yang aku idamkan dalam hidup ini,
Dan kau adalah salah satunya,

Kamu,
Terlalu banyak janjiku kepada diri,
Ingin membina segalanya untuk depan yang indah,
Dan kelak,
Aku berharap
Aku dapat berkongsi segalanya dengan dirimu,

Kamu,
Bukan niat ingin  menduga,
Bukan juga memberi pengharapan,
Tiada,
Bukan itu aku inginkan,
Aku hanya ingin memberi suluhan buat mu,

Kamu,
Aku hanya ingin bebas menjalani hidup,
Tanpa perlu sangsi,
Mungkin,
Kau akan berlalu pergi meninggalkan jejak,

Kamu,
Aku harap aku dapat bersamamu,
Tika senang mahupun berduka, tika kau terduduk mahupun kau berdiri meninggi,
Aku ingin sentiasa menemani,
Aku ingin menjadi kawan, ingin menjadi teman, ingin menjadi sahabat, ingin menjadi rakan, ingin menjadi kekasih, dan ingin menjadi suami..
Biar aku tahu hati kamu itu bagaimana,
Agar aku dapat merasai segala apa yang kau rasa,

Kamu,
Maaf kerana aku tidak punya apa-apa,
Mungkin untuk kau banggakan,
Atau kau ceritakan kepada rakan yang lain,
Selayaknya seperti mereka itu,

Tapi,
Aku punya hati,
Hati yang berjanji akan sentiasa bersama,
Tidak kira susah mahupun senang,
Walaupun Angelina Jolie datang menggoda.

Kamu,
Tunggu sedikit waktu lagi,
Aku pasti menjemputmu..
Biar restu segalanya

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian