Apr 15, 2012

Bodoh..,

Malam malam begini  mungkin enak makan keledek rebus sambil tengok movie. Aku perhati masa. Berlalu terlalu cepat untuk aku menilai satu perkara. ah, semua cerita habis aku khatam semenjak duduk melepak dibilik ini. Apa lagi yang tertinggal?

Aku renung masa yang usang. Kelam seribu bahasa. Aku tidak tahu apa yang aku fikir sekarang. Merenung kembali masa lalu. Pedih. Aku patah balik. Sungguh. Tak berani aku pergi jauh masuk ke dalam. Lebih lebih lagi semuanya kosong kini.

Aku tidak tahu apa aku rasa. Aku ingin tergelak sepuasnya. Puas bagai mengunyah sirih yang disalut dengan perencahnya. Kau rasa apa? Aku tidak ingin berkata apa. lebih lebih lagi ingin memberi nasihat berupa perlian tajam. Tuhan tidak pernah tidur. Aku sudah berkali cakap. lihat?

Itu bukan kau yang aku kenal lagi. Maka tidak perlu  aku berhenti menghulur tangan. Membantu sberapa mungkin. Aku tahu, kau pasti terima semula. Seburuk mana mulut kau berkata. pasti kau beri peluang itu. Maka silalah memperbodohkan diri lagi. Lihat, dunia tengah memerhatikan mu. 

Aku? sekadar tumpangan kasih. yang tidak memberi makna bagai. Lebih bernilai mereka berbanding aku yang pernah melihat jatuh bangunmu. Apa yang tertinggal?kau pandang jelek segalanya.

Lets the rain wash away

err sekian


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian