Mar 15, 2012

Sebenarnya aku tahu apa nak buat..,

Sekarang akal, aku paksa untuk berfikir. Aku paksa untuk cuba melihat semua benda dari segala aspek-aspek yang positif kepadaku. Yes kepadaku, bukan kepada orang lain. Aku tidak harus pentingkan diri sendiri, mengabaikan perkara yang tidak patut aku abaikan. Diri misalnya.

Sebenarnya aku tahu apa aku nak buat. Aku hanya perlu pasrah, bertenang, berdoa, bekerja keras, dan tinggalkan segala kenangan. Aku hanya perlu jauhi kenangan silam. Aku hanya perlu berikan banyak masa kepada diriku sendiri kepada Tuhan. Aku perlu kasihan diri sendiri. Yang banyak memperbodohkan diri secara mental kerana disebabkan ingin melawan TAKDIR. Mungkin itu bulat hatiku. loser bukan?hahaha

Beberapa hari ini, akalku bekerja keras untuk memproses segala data yang perlu aku analisis. Samaada ianya data yang berguna atau hanya sampingan. Benar, baru aku faham bahawa Hati itu memang raja kepada diri. Kita tidak boleh menundukkan hati dengan mudah. Tidak boleh mengabaikan segala benda berkaitan hati dengan mudah. Tipulah kalau seseorang itu boleh kawal hati. Kerana apa yang aku tahu, hanya ahli tasawuf yang mampu mencapai tahap begitu. manusia itu penuh dengan kekurangan. dan akulah salah seorang.

Sebenarnya permasalahan ini mudah. LEPASKAN segala benda. Macam lagu westlife ni :

Day after day
Time pass away
And I just can't get you out my mind
Nobody knows
I hide it inside
I keep on searching
But I can't find
The courage to show
To letting you know
I never felt so much love before
And once again
I'm thinking about
Taking the easy way out

[Chorus]

Night after night
I hear myself say
What can't this feeling just fade away
There's no one like you
Can speak to my heart
It's just a shame we worlds apart
I'm too shy to ask
I'm too proud to lose
But sooner or later
I've got to choose
And once again
I'm thinking about 
taking the easy way out

Tuhan itu selalu berikan jalan. Tetapi aku sebenarnya buat-buat tak nampak. Mungkin kerana aku rasa aku perlu bertahan. Seperti k.z. Ntahlah, kini aku baru faham, aku tidak perlu tunduk dengan hati. 'sooner or later, i've got to choose and lose'!!InsyaAllah, dengan maruah yang tersisa, aku harus mengambil jalan untuk diri sendiri. Beri peluang kepada mereka yang benar-benar tahu hati aku bagaimana.

Mungkin orang lain nampak aku sangat loser! ya..Tidak mengapa. Kerana hanya aku saja tahu betapa complicatednya keadaan ini. Yang kadang aku sendiri tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Apa sebenarnya yang perlu aku buat. Apa sebenarnya yang telah aku lakukan. Mungkin benar, aku perlu akhiri. 

Maaf kalau mungkin menyusahkan hati dan perasaan. Kepada rakan yang concern samaada secara langsung mahupun tidak, i love you guys. Kamu buat aku terasa bahawa aku masih dihargai. Yes walaupun aku sangat loser! aku terima..

Aku tidak ingin berputus asa dengan kehidupan. Kerana Allah telah berjanji, jika satu pintu kebahagian Dia tutup untuk kita, yakinlah bahawa ada pintu lain yang terbuka. Allah itu maha adil.

Seperti aku kata, aku tidak suka menunggu masa berlalu. Kerana itu adalah perkara yang sia-sia. Ingat pepatah masa itu adalah emas. Maka, aku bertanggungjawab sepenuhnya atas segala hal ini. Seperti aku cakap sebelum ini, aku tidak ingin menunding salah mana-mana pihak. Kerana Allah telah tetapkan perkara ini  untuk berlaku. Sebenarnya dia ingin menguji hatiku. Aku tidak ingin merumitkan lagi keadaan, kerana orang yang paling terseksa nanti adalah aku.

Aku baru teringat kata-kata seorang ustaz. Masa tu aku ikut kuliah 'kitab penawar bagi hati'. Ustaz tu banyak bincangkan soal hati dan perkara-perkara berkaitan dengan hati, perasaan, nafsu segala. satu yang boleh aku ambil pengajaran dari kisah hidupku ini berdasarkan kuliah beliau ialah bila dia cerita bagaimana manusia itu diuji Allah.

Ianya semua berkait dengan hati. Hati adalah satu tempat yang paling agung. Tempat ini hanya boleh dihuni oleh Allah bukan makhluk. Bila kita telah mencampur adukkannya, maka tunggu saja  ujian daripada Allah atas kelalaian kita itu. Dan sekarang, itulah yang aku alami. Aku sedar, aku silap. Dan aku bersyukur kerana aku dijentikNya sekarang. Alhamdulillah..Aku redha..

Sudah masanya untuk aku berdiri dan berjalan kehadapan. Kerana terlalu banyak perkara yang menungguku disana. Mungkin betul, jangan terlalu mendesak, cari kekuatan diri untuk lari dari sini.

Sekian..

Ps : Jangan ketawakan aku kerana aku loser. Jangan kesiankan aku kerana aku loser. Aku pilih jalan ini, dan aku terima segalanya.

Ps : Jangan cerita dengan aku soal sabar, kerana kalau kamu tahu duduk perkara sebenar, maka kamu akan beranggapan bahawa aku adalah loser yang sangat sabar.

Ps : Sekarang aku hanya ingin ucap terima kasih, terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Ps : Aku sebenarnya yang tidak layak. aku mengaku..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian