Mar 14, 2012

saya tak tahu apa nak buat

Ini adalah penangan sebab minum dumex masa kecik-kecik. Lihat hatiku tabah dengan segala hal. Hahaha. Dumex apanya, minum susu F&N kot sebab tu jadi gini.

Tadi aku buat medical check up. Aku pun tak tahu kenapa aku sangat bertuah. Mungkin Allah sayang sangat kot. Yela, tadi aku buat medical check up just dikenakan bayaran rm19 je. Member aku buat Medical check up yang sama dengan aku still kena bayar rm50 lebih. Allah tu maha berkuasa, kan..

Aku tak perlu buat Xray sebab yang hari tu aku buat still valid lagi untuk digunakan. Ntah, myb sbb tak lebih 8 bulan kot. Maka takdalah aku perlu buat banyak benda. Lepas tu buat urine test. hahaha. Aku pun tak faham kenapa aku mesti malu. Padahal semua orang ada air kencing kan. Masa tu aku cover je supaya orang lain tak tengok bekas tu.

Aku dah dapat pengajaran dah sebenarnya sal urine test ni. Hari tu, masa zaman aku muda, aku pernah buat urine test. ko tahu aku pergi isi air kencing sampai penuh, kalau buka penutup kompem meleleh haahaha. Jijik sungguh aku. Sampai Nurse tu ckp, lain kali letak sikit pun takpe dik. hahaha. mana aku tahu dia just test guna kertas pekebenda tu. Tapi sekarang aku dah faham.

Lepas tu, aku pergi jumpa Dr. untuk buat physical test pula. Dr. fav aku. Sebab aku rasa best je dengan dia. Dr. melayu. Bilik Number 16. Lepas tu dia tak check sangat pun sebab hari tu aku dah pernah dia check. Masa dia tengok tangan aku ni.(pasal saraf rosak pekebenda). Lepas tu masa dia tick segala document tu, aku pun tanyalah dia pasal asthma. Ada tak ubat pil selain daripada ubat pam tu. 

Lepas tu dia cakap semua dah pakai pam je. takda ubat pil. Cehh terasa jakun lah pulak. ye la mana aku tahu sekarang semua pakai pam segala, mana aku tahu takda ubat pil kan ke pe. Aku bukan Doctor pun. Aku pakar dalam sakit menyakit adalah hehe. Nak je aku soh dia check HATI aku ni. Buangkan sedikit bebanan yang ada dekat dalamnya. Rawat mana yang patut.

Ntah, aku rasa tenang je sekarang. Tadi mak aku call.(sebab aku pegi call dia dulu) Lepas tu dia baru je bangun. rasa bersalah pula. Ini sebab aku tak pergi check dah pukul berapa sekrang. Aku ingat still pukul 9 malam. Sekali dah pukul11. Lepas borak jap, aku dah sikit lega. Mak aku cakap sabar je. ujian tuhan tu akan selalu ada. Bersabar tu penting, kerana bila kita bersabar hati kita akan jadi tenang.

Betul. Aku jadi tenang sekarang. Bila aku janji dengan diri sendiri, yang aku tak akan bersedih lagi, hatiku jadi mulia. Jadi sabar. Jadi boleh terima keadaan yang sangat semat ini. Kan? Beri orang lain peluang itu.

Lepas tu baru akalku berfungsi dengan waras. Alhamdulillah. Tuhan, aku tahu apa yang kau uji aku sekarang ini..Aku boleh tersenyum dengannya. Sungguh!! dan beri aku senyuman itu untuk setiap hari ku.

Cuma aku malu dengan orang lain. Terasa loser sangat..

Bila masalah ini wujud, aku dah malas nak tunding salah kepada mana-mana pihak. Aku cuma harap ianya dapat disetel dengan cepat. Kerana ianya sungguh menyesakkan lubang hidung aku. eh dada aku. Aku harap aku dapat tenang dan aman.Itu saja!!!! Aku nak cepat habis belajar. Lepas tu aku kerja ke, sambung belajar ke, then mati ke cepat-cepat..

Percaya. Ya aku harus percaya diri sendiri bahawa aku seorang yang tabah. Seorang yang boleh bangkit bila parah, tercedera. Soal hati ini adalah mainan dunia. Betul cakap Rai. Ntah, mungkin aku selalu berlembut hati dengan diri sendiri. Sebab itu aku susah nak keluar daripada masalah ini. Bukan tak boleh keluar, tapi aku yang semat masuk balik. huhuhu

ye aku budak mentah tentang hati ini. Hukumlah aku kerana aku tidak tahu.kerana membiarkan diri kelemasan..

Ps : terima kasih kehidupan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian