Mar 25, 2012

Perasan..,

I believe. Yes aku percaya apa yang berlaku ini tidak dijadikan Allah sia-sia jika tidak mempunyai hikmah tersendiri. Terima kaseh kepada parents, kepada rakan yang tidak henti-henti memberikan sebuah kasih berupa kata-kata nasihat.

Mungkin aku tersilap dan aku harus berani mengakuinya. Maka let it be..

Segala kerja telah aku siapkan segalanya. Syukur, tuhan masih memberikan aku kekuatan untuk melaksanakan tugas-tugas akhir ini. Semoga diberikan aku keberanian juga untuk menghadapi mereka itu semua. Tidak perlu menyalahkan orang lain, cukup aku lihat kekurangan diri sendiri.

Tadi aku lihat semula guitar lamaku. dah lama juga aku tinggalkan zaman rock bebeh aku dulu. Baru aku perasan memang dah lama aku tak jamming. sudah lama aku tak layan gigs. Sudah lama aku ah jangan dikenang lagi. Baru aku perasan kini, aku telah lama berubah. Aku pun tak tahu ke arah kebaikkan atau keburukkan. Tapi aku perasan perubahan itu.

Mungkin aku perlukan some air from this field again. kan? Tak guna mengejar kesempurnaan sedangkan perkara untuk ketenangan diri kita abaikan. mungkin sebab itu baru aku begini. aku telah lama tinggalkan segala hal. Dan aku rasa aku perlu buat 'come back' (persis macam artis tu).hahaha booo adyshah perasan!

Please give me ukulele..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian