Mar 15, 2012

Now im cool..,

Aku tahu, sia-sia ikut rasa. Kerana pepatah mengatakan ikut rasa binasa, ikut hati mati. Jadi nak ikut apa? Ini persoalan yang kadang-kadang kita terlupa (terutama aku) apa yang kita perlu ikut. Jawapanya ialah ikutlah Tuhan, pasti akan bahagia.

Aku sudah malas untuk tulis soal hati yang lara (walaupun lepas ni mesti aku tulis juga), soal hati yang duka nestapa dan sebagainya. Sebenarnya aku pun tidak tahu apa yang aku mahu sekarang ini. Apa yang aku fikir sekarang ialah, habiskan segala apa yang aku mulakan dengan tenang dan selesaikan segala permasalahan dengan baik. Cukup. 

Bila aku cakap soal pentingkan diri sendiri, sebenarnya ianya tetap kembali kepada aku. Kepada Adyshah. ya aku mengaku aku penting dirikan diri juga. Aku tak nak orang lain sakitkan hati aku, tapi dalam masa yang sama aku sakitkan hati orang lain. Sungguh ini adalah perbuatan yang teruk (Anis, 2012). Aku tak tahu kenapa. Maaf. Dan aku sangat rasa bersalah.

Mungkin aku perlukan masa untuk menerima atau diterima. Cukup dengan keadaan ini. Aku tak menyesal  atas apa yang berlaku. Aku akan selesaikannya dengan cara seorang lelaki yang matang. Sungguh. kool kan? Aku mula berfikir apa perlunya aku stuck dengan keadaan begini, sedangkan aku mampu menghadapinya?Persoalan ini sebenarnya hanya permainan hati aku saja(Rai,2012). 

Aku cuba tapi aku gagal, dan aku nak cuba berkali-kali supaya tidak gagal, tapi akhirnya gagal juga. Baru aku faham soal hati itu tidak mementingkan usaha secara khusus. Tapi ia perlukan perasaan. Rasa apa yang kita ada. Kau cubalah berkali-kali tapi kalau rasa itu sudah tidak rasa, pasti semua hanya sia-sia(ysm,2012). Maka pepatah mengatakan "cuba dan gagal dan cuba" itu tidak boleh digunapakai dalam resepi sebuah perhubungan. Maka cukup dengan semua ini. aku perlu, jirus air ke muka, biar tersedar bahawa aku hanya bermimpi, dan cuba untuk menghadirkan diri dalam dunia yang sebenar..Atau aku perlu lempang diri sendiri agar tersedar dari lamunan.

Aku tahu ada yang terluka, ada yang happy, dan sebagainya. Aku mengaku, ini semua kelemahanku kerana tidak dapat mengawal perasaan diri. Sbenarnya aku boleh, tapi aku takut untuk mencuba. Jangan ditanya kenapa aku takut, kerana itu melibatkan rasa. Betul kata kaunselor, Tuhan tidak akan duga kita bila kita tidak mampu untuk menghadapinya.

Bila aku renung diri, sebenarnya aku telah berusaha sebaik mungkin dalam hidup aku. Kalau tidak, aku tidak akan jadi seperti sekarang. Mungkin kamu rasa aku tidak matang, tapi jauh dalam diri, aku tahu aku berfikir sebagai seorang lelaki dewasa. Aku berfikir untuk kebaikkan 5 hingga 10 tahun akan datang. 

Baru aku tahu, jangan bermain dengan perasaan. Kerana kesan dia sangat dalam. Sangat luar biasa. Sangat angkuh. Cukuplah aku rasa, dan aku tidak mahu orang lain juga rasa apa yang aku rasa. Cukup sampai disini. Biarlah nanti masa yang menentukan segalanya. 

Aku hanya perlu bersabar+berdoa+ berusaha+ redha. InsyaAllah (umu 2012)..

Tadi aku pergi berjumpa dengan kaunselor lagi. Ntah. Aku semakin selesa dengan setiap sesi. Kerana aku boleh tenangkan diri, aku boleh mengadu tanpa ada perasaan jangal. Alhamdulillah, ketenangan yang aku cari itu sebenarnya ada dalam diri aku sendiri.Dan ianya memerlukan masa..

Dan perkara yang sangat menggembirakan aku hari ini dan selepas ini ialah bila aku mendapat kerja lagi. Bayangkan? Tuhan sebenarnya ingin beri aku kegembiraan tapi ianya memerlukan aku untuk rasa sakit terlebih dahulu. Analoginya sama seperti mengejar pelangi petang. Sebelum kau dapat melihat pelangi, kau terpaksa menempuhi awan gelap, hujan dan kadang-kadang adalah ribut petir yang menggila. Apa yang kau perlu buat, bersabar dan bertawakal dengan setiap keadaan. Disebaliknya tersembunyi sebuah ketenangan.

Bermaksud, bila aku tamat kontrak untuk dua bulan disini (tempat kerjaku sekarang), maka telah ada kerja yang menanti aku. Alhamdulillah. Aku tak tahu bagaimana rasa gembira ini. Berdasarkan apa yang aku diberitahu, ini adalah kerja tetap dan bergaji lumayan juga. Selepas Study aku juga boleh terus bekerja. maka aku akan start kerja dalam bulan 5 disana(kalau Tuhan izinkan). Maka tak sia-sia apa permintaan hatiku, apa yang aku doa dan sebagainya. Puan tu cakap ini adalah rezekiku kerana dia memang sangat memerlukan pekerja.

Dan aku mula tersenyum sekarang ini. Tuhan telah tunaikan satu demi satu. Soal hati biarlah berlalu. Aku mungkin tidak bernasib baik untuk memiliki hati sesiapa pun saat ini. dan sebolehnya aku tidak ingin mencari, biarlah ianya datang dengan sendiri. Soal hati aku berputus asa. Aku serahkan kepada Allah. Soal hidup aku perlu berusaha supaya aku tidak dipandang kesian, supaya aku dipandang orang lain sebagai mereka yang berguna. Cukup aku gembirakan parents aku (jeman, 2012)..

Kepada mereka yang terlibat dalam lakonan hidup aku beberapa ketika ini, terima kaseh kerana kejayaan persembahan kita bersama hahaha. Aku sungguh tak sangka kerana kita bersama-sama berganding bahu menjaya skrip lakonan kehidupan dengan baik. Aku berdoa semoga kamu sekalian diberkati Allah dan dilindungi Allah daripada sebarang masalah seumpama ini. Jangan ulangi sejarah (herodetus, xxxx).

Aku perlu masa untuk diri sendiri, untuk bina kerjaya, untuk bina jati diri sendiri.

Ps : I want to rock my life, yeah!!!

Ps : Terima kasih

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian