Mar 27, 2012

Nekad..,

Semalam aku borak dengan rakanku. Aku pun tak tahu kenapa Allah ingin aku berborak dengannya. Tapi, ya aku tahu ada hikmahnya dan semua itu tak perlu aku cerita disini. Dalam aku berborak dengannya lebih kurang 30minit lebih itu, alhamdulillah aku tersedar banyak perkara.

Tuhan itu maha adil.

Mula mula aku dengan dia cerita soal agama (bajet alim). Lepas tu dia buka cerita soal hati pula. Terkejut aku bila dia cakap yang dia nak kahwin hujung tahun ni. Ye la, tiada angin, tiada pokok bergoyang, tup tup nak kahwin. Mimpi apakah?

Tapi aku suka mendengarnya dan tumpang gembira untuk dia. Ini adalah perkara baik, why not dipercepatkan kan? Bukan apa, aku terkejut sebab berdasarkan apa yang aku perhati, dia merupakan seorang lelaki yang sangat menjaga pergaulan tatatertib. Seriusly memang sangat layak menjadi lelaki pilihan wanita. Rupa biasa-biasa saja, tapi yang penting agamanya memang sangat power. Kadang tu, kita boleh lihat wajah seseorang itu bercahaya kerana iman. Sedap dipandang walaupun tak hensem mana. kan? 

Nabi sendiri berkata, untuk mencari pilihan hati, kita perlu melihat agamanya terlebih dahulu (lebih kurang begitu maksud hadis). Sebab, agama ini bukan boleh cakap, 'ala nanti aku kahwin aku jagalah segalanya' NO! Agama ini perlu dipupuk dan diamalkan. Kalau dari sekarang kita jenis yang tak jaga agama, kompem masa depan kita sekali dengan anak-anak kita hancur segala. Sungguh! kamu jangan buat main-main soal ini. Tahu agama tidak sama faham agama..

Berbalik kepada kawan aku, dia cerita pilihan hatinya merupakan rakan sekampung. Tak pernah jumpa, hanya berhubung menggunakan telefon dan baru sebulan. Lepas tu, dia terus pergi jumpa parents budak tu segala. Nak dijadikan cerita, dalam dia merancang nak melangkah ke stage seterusnya (kahwin la), tiba-tiba ada orang lain datang meminang budak tersebut. Kira yang datang meminang tu cukup package juga. Ada kerjaya, rupa dan sebagainya.

Rakan aku sedikit mengelabah. hahaha. Yela, saingan beb. Tapi mungkin itu cara Tuhan nak dia cepatkan segalanya, maka setelah bertawakal, fikir bagai, dia ambil keputusan hantar juga rombongan masuk. Supaya keluarga perempuan tersebut, tahu yang dia sangat serius dengan anak perempuan mereka. Bagi aku tindakan ini sungguh nekad. Tapi seperti kata pepatah, 'fight for your love'. Maka itu yang dilakukannya. Mungkin Tuhan nak jaga dirinya daripada perkara yang sia-sia, maksiat misalnya.

Sekarang Alhamdulillah, dia tengah mengira hari untuk balik berkahwin. Semoga Allah memurahkan rezekinya dan menjadikan jalan pilihannya ini adalah yang terbaik untuk dirinya dan keluarga didunia mahupun diakhirat kelak. Amin.

Aku tanya dia, apa kekuatan yang dia ada sampai berani begitu sekali. Dia cakap, Allah beri jalan. Kalau kita ikhlas dengan segalanya, insyaAllah Allah akan permudahkannya. Lepas tu dia tanya, aku bagaimana pula?

Aku tiba-tiba keluh dan tergelak. Aku cakap, aku tak senekad dia. Aku cakap aku serah segalanya kepada takdir, aku rancang bagai pun semuanya atas ketentuanNya juga. Aku cakap, baguslah tindakannya tu, sebab hati manusia ni mudah berbolak balik, kalau perempuan cakap setia bagaimana pun, selagi ada perasaan nafsu itu, pasti semua itu menjadi sia-sia. 

Dan aku cakap dengan dia juga, bagus dia percepatkan segalanya. kerana, hal itu dapat menutup mulut manusia yang tak akan berhenti bercakap soal diri kita. Kerana hati manusia ini tidak semuanya bersih seperti Rasulullah. Ada saja yang tak kena dan pasti ingin masuk campur segala hal. Mungkin berkat doanya selama ini kot.

Masterku pun tengah bermasalah, bagaimana mungkin aku berfikir soal itu segala. kan?

InsyaAllah tiada upayaku selain memohon petunjuk daripadaNya..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian