Mar 27, 2012

Aku percaya

Aku percaya Tuhan itu sangat adil dalam merancang sesuatu hal. Mungkin aku pernah mengeluh, tapi sekarang baru aku sedar tiada gunanya. Dan itu membuktikan bahawa aku juga manusia biasa yang mempunyai upaya yang sangat terbatas berbanding perancanganNya.

Aku sedar, bukan aku saja diuji olehNya. Ada banyak lagi mereka yang terus menerus diuji seperti tiada kasihNya kepada mereka. Rakyat palestin misalnya. Tetapi aku tahu, itu hanyalah 'bahan' penaik kepada iman manusia. Jangan kata bila kita berbicara atau menulis soal islamic value, maka kita itu telah maksum. Tidak. itu hanyalah renungan kepada diri sendiri supaya ada diperbaiki.

Tadi, aku ingin berbicara soal pengajian post-graduteku. Tapi niat itu aku batalkan bila aku teringat kata-kata Anis. Bila kita bercakap soal masalah diri ditempat umum, sebenarnya kita mendedahkan diri dengan pelbagai persepsi orang lain. Semua maklum, hati manusia ini seringkali tidak berpuas hati kepada orang lain (sometimes with no reason).

Jika kau bercerita soal diri, masalah bagai, jika ramai yang bersimpati dan caring dengan kau, maka inshallah mereka akan mendoakan kebaikkan dirimu. Tapi bila kita ini tidak disukai, dikutuk bagai (macam aku ni) maka doa keburukan itu pasti kau akan terima. Maka, seeloknya elakkan selagi mampu.

Aku percaya setiap apa yang berlaku itu mempunyai sebab, dan aku percaya disitu tersimpan hikmah yang tak terjangkau oleh pemikiran kita. 'If someone doesn’t respect, appreciate and value you, they don’t deserve you'.

Ingin tahu hikmah disebalik kejadian, kita perlu menunggu hingga ke akhir perkara. Analoginya sama seperti kita tengah menonton filem. Kita tidak tahu kesudahan cerita itu bila kita tidak melihatnya hingga ke penghujung cerita.

For those who love me, thank you so much. Kadang, kata-kata itu tidak dapat aku ungkapkan untuk kasih yang diberikan.Inshallah Tuhan  menilai apa kebaikkan yang kamu lakukan itu..

Remember guys, i'm still cool yeah..Dont worry too much, Allah beside me..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian