Mar 11, 2012

Kerja..,

Baru aku teringat banyak benda aku terlupa nak tulis dalam kotak kosong ni. Hari tu member aku belanja makan. Biasa bila dah bekerjaya ni. Nak murah rejeki, kena ringan diri untuk share gaji. Setakat makan member apalah nak dikira berbanding dengan keberkatan, kan?

Member aku sekarang tu, dah dapat kerja dekat petronas. Em dekat klcc lagi. Alhamdulillah syukur rezeki keluarga kan. Aku selalu berdoa semoga rezekiku juga melimpah begitu. Yela setelah kepayahan yang aku lalui ni. Nanti bolehlah bawak anak bini setiap tahun pergi makan angin kan, kan..Amin.

Cuma aku perlu bekerja sedikit lagi. sedikit saja lagi sebelum semua akan menjadi mudah. Janji Allah itu pasti. Tidak mengapa aku susah sekarang, yang penting keluarga, anak bini aku nanti hidup senang. Aku berharap aku mendapat tempat dekat tempat kerjaku sekarang. Ya Allah bagi aku peluang itu.

Aku pun tak tahu, sempat tak semua siap sebelum bulan 6. Kalau sempat siap Alhamdulillah, aku boleh berfoya-foya sikit. Sebenarnya semangat aku untuk berusaha dah datang. Semenjak rakan-rakanku memberi semangat bahawa harus pandang kehadapan. Bila aku dah berjaya baru orang akan pandang. Maka bersabar dengan semua itu..

Ps : Aku melihat aku pada tahun 2013 dengan berpakaian smart tengah mengajar. (kalau Allah tak cabut nyawalah)

Ps : Doremon boleh tak tolong cepatkan masa berlalu???

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian