Mar 23, 2012

Masa..,

Kalau ada masa yang paling lambat berlalu, pasti semalam itu adalah keadaan dimana ianya terjadi. Kelas semalam bermula dari pukul6 hingga pukul9 malam. Tapi aku merasakan ia mengambil masa berhari-hari untuk menunggu ianya tamat. Bayangkan?

Aku tidak tahu apa yang harus aku buat. 1, sebab pen aku dah kehabisan dakwat (maka tak salin notes), 2, kelas ni aku nak drop je minggu depan (tapi member gedik nak try masuk lagi). Maka aku yang jadi tertekan.

Namun, aku gagahi juga. Aku cuba hilangkan perasaan bosan, walaupun ketika itu aku duduk disebelah seorang perempuan. Aku ajak dia borak while lecture tengah memeras otak memberikan kefahaman soal research. Teruk kan? so jangan tiru. Tiru kacak aku je!

Hati aku dah tidak ada di sini. Semakin kuat untuk aku pergi jauh dulu dari sini, hilangkan lelah, semakin lambat masa berlalu. ketika didalam kelas, aku memikirkan soal kerja (analisis data) di ofis. kerja memang sangat banyak. Aku nak habiskan malam ni juga, tapi kompem balik dari kelas aku nak tidur dah, (sebelum calling-calling).

Hari ini, aku kumpul semangat untuk menyiapkan segalanya. Biar dunia sedang mentertawakan aku, aku tetap akan terus berlari kehadapan meninggalkan mereka. Aku ingin tunggu mereka digarisan penamat untuk  mengucapkan terima kasih kerana memberikan aku sebuah inspirasi basi.

kau tahu, semalam dua kali aku hampir accident..hahaha cuai

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian