Mar 5, 2012

Jika Allah inginkan..,

Misteri yang berlaku kepada aku dalam beberapa minggu ini terjawab sudah. 

Hari tu, (aku pun tak tahu bila start) jari tangan kiri aku mula rasa kebas. Jari manis dan jari kelingking. Mula- mula aku terfikir mungkin disebabkan tertindih or something yang boleh menyebabkan ianya kebas, kan. Ala macam biasa kalau bangun tidur, atau duduk dalam satu jangka masa yang lama, dengan kaki terlipat, mesti rasa kebas kan.Mula mula aku rasa begitu..

Tapi bila dah setiap saat kebas, dan kadang hilang rasa sentuh, aku dah mula syak yang something wrong berlaku dengan tangan sebelah kiri aku ni. Ditambah lagi tiba-tiba aku tak kuat untuk genggam sangat, buat aku mula lagi rasa panik. Panik pun aku kool, sebulan baru aku pergi check Dr. itu pun bila rakan baikku suruh.

Aku memang berat sikit bab jumpa jumpa Dr. segala ni. Aku pun tak tahu kenapa. Bukan tak nak sehat tapi ntahlah. Trauma kot..

Bila pergi kaunter pendaftaran untuk jumpa Dr., aku minta dia (nurse cantik) bagi aku jumpa Dr. melayu lelaki. Nurse tu kata boleh tapi Dr. perempuan je ada. Dr ppn pun ppn lah, aku bermonolog. Bukan apa, aku malas nak jumpa Dr. vietnam tu or any Dr. foreigner, sebab aku tengok cara dia layan sambil lewa je. Kita cakap english, dia pulak bantai melayu lintang pukang. 

'sakit apa', 'suda berapa lama sakit', 'ada demam', 'lagi', 'ok pegi ambil ubat'..sampai aku boleh hafal dialog dia.

Dr. melayu pun 2x5 sebenarnya, tapi betterlah sebab orang sendiri kan kan..lagipun aku rasa kes aku ni agak berat sikit (aku agak).

Bila aku jumpa Dr., aku bagitau segala cerita bagaimana bermula dari A to Z. Lepas tu dr. syak aku ada jatuh ke hape ke, lepas tu aku teringat yang aku pernah tertusuk besi dekat lengan kiri ni. Maka aku bagitau Dr. Then Dr. tu syak sebab itulah saraf aku rosak, dan kurang berfungsi. Saraf tercedera. Aku mula-mula tu bantahlah. (dasar memang nak menang je selalu aku ni). 

Aku cakap accident tu dah lama berlaku, masa aku zaman kanak-kanak comel riang lagi. Dia kata kecederaan saraf ni take time baru nampak effect. Aku dah mula cuak. Lepas tu dia cerita lagi (bila nurse dia asyik sebok tanya, apa kenapa, bagaimana kesannya, yang paling merisaukan aku bila dia tanya 'dia akan berhenti berfungsi tak?')

Masa tu aku mula rasa nak lempang je. Becok. Nasib baik comel. Sejuk hati, maka aku maafkan dia dalam hati. Dr. tu cerita pasal ayah dia pernah kena macam aku. Umur dia 40 baru nampak effectnya. Tak dapat berfungsi secara sempurna. Mak kau, tak dapat aku bayangkan..

Dr. kata kecederaan saraf tu dia tak tahu serius ke tidak. Mula mula dia nak syorkan jumpa pakar or buat terapi something (aku pun tak tahu), tapi bila aku macam cuak, yela macam aku dah kompem lumpuh pulak, maka dia bagi ubat untuk sebulan dulu. Ubat Neurobin. dia kata cuba try pulihkan saraf dulu, kalau masih lagi selalu kebas dan sewaktu dengannya, dia suruh datang semula.

Pernah terbayang tak kalau misalnya tangan tak boleh digerakkan?ok aku pun tak pernah bayangkan sehingga ke hari ini. siyes seram.

Mudah bukan kalau Allah nak ambil semula nikmat yang dia bagi. sangat terkesan. Aku tak nak cakap dengan parents aku pasal ni.

Aku mula terfikir ini mesti sebab aku selalu guna dumbell hari tu sampai saraf yang myb tercedera itu dah bagi effect awal. Tangan aku mula rasa lenguh, sakit. 

Tak apa mungkin Allah nak menguji lagi. Aku terima dengan hati terbuka. InsyaAllah..

Ps : Bersabar itu adalah dendam terindah..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian