kadang aku rasa dunia sangat kejam, terlalu kejam dengan satu pengadilan! Aku pun tak tahu mana yang salah sampai akhirnya aku rasa Tuhan telah berlaku tidak adil kepadaku untuk kesekian kalinya..,
Aku tahu Tuhan itu adil, tapi aku saja yang tidak dapat menerima segala ketentuanNya. Ah sungguh jelek aku kini. Aku cuba happy didepan yang lain, tapi aku gagal. Aku cuba rilek cool dengan masalah, tapi aku gagal.
Kadang aku terfikir aku dilahirkan untuk diujiNya saja. Aku dilahirkan untuk tidak merasai apa itu senang hati, apa itu ketenangan. Aku kata aku tenang, tipu, hatiku penuh dengan kebencian, hatiku penuh dengan dendam.
Aku tidak tahu bagaimana untuk aku ungkap. Betul kata orang (aku pun tak tahu siapa), cinta itu boleh menyebabkan hilang rasa malu dengan yang lain. Dan pelbagai lagi istilah yang bagi aku agak bullshit!
Aku sekarang sangat keliru dengan apa yang berlaku. Baru semalam aku bergelak ketawa, bagai dunia ini penuh dengan kasih sayang. Bagai dunia ini tiada istilah kesedihan, yang seperti aku rasa ini. Betul, cinta boleh mengubah seseorang..
Aku dah tak peduli dengan penyakit yang baru saja aku tahu tengah hari tadi!bullshit! sakit dalam hati lagi pedih rasanya masa ini. Kalau hatiku diibarat gunung, pasti menjadi cair akibat rasa sakit yang terlalu amat. Jika hatiku ibarat laut, pasti kering kerana mendidih.
Betul cinta tidak boleh dipaksa. Dan aku mulai sedar itu. Aku mulai sedar yang manusia itu boleh berubah. Aku baru sedar hati manusia itu rapuh walaupun dia akan ungkapkan kepada kau 'i love you' setiap hari. Hati manusia itu mudah jatuh cinta walaupun dalam masa yang sama dia kata ' i miss you' kepada kau setiap hari. Baru aku mengerti apa itu perubahan..
Aku baru sedar, tiada apa yang kekal dalam diri manusia.
Berat yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin ada yang bergembira atas kesedihan orang lain. Mungkin dia rasa, dia mendapat amanah dari tuhan untuk menyakiti orang lain. Tunggulah saat orang lain perlakukan sedemikian juga..
Maafkan kata mereka. ok saya maafkan..
'Kadang, jadi bodoh dan lurus itu adalah bagus kerana itu tandanya kita adalah insan yang lemah dan perlukan muhasabah'
Aku nak cakap aku tunggu pun, semua dah clear. Tiada guna lagi. Tidak apa aku sering dimalukan, tidak apa aku sering dimaki, tidak apa aku sering diperguna, tidak apa, kerana mungkin Allah telah tunjukkan.
Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Ya mungkin aku terlalu jahat untuk semua ini..
Ya Allah terima kasih..
No comments:
Post a Comment