Dulu aku selalu berangan dapat isteri yang dari luaran memang semat. Ini berlaku selepas aku dah mula rasa suka dengan kaum perempuan. Yela, dah jadi kebiasaan, nak kan yang lawa, semat, bergaya manja dan sebagainya.
Kalau ada lelaki yang kata, 'tak mengapa, asalkan bla bla bla'.. Meh kenalkan aku, nak juga aku belajar bagaimana dia menternak hatinya untuk jadi begitu pasrah. Bukan apa, kalau kau jatuh cinta dengan orang lain, mesti ada something yang kau akan rasa tertarik. Tak adanya kau tak tertarik. Kalau pun dia macam aku ni tak kacak, tapi mungkin kau akan lihat dari dalaman pula. ok contoh je, aku ni kacak dan kool.(abaikan)
Masa tu, aku selalu fikir nak isteri yang pakai sopan santun gitu. Bila senyum akan tutup mulut dengan tangan. Bila gelak hanya hikhikhik je. Kalau lalu depan orang tua, tunduk gaya seperti melayu zaman saloma. Lembut berkata seperti Ella. Sedap mata memandang seperti Julian Evans takpun Angelina Jolie.
Bayangkan, tingginya demand aku..
Tapi itu dulu. Setelah aku mengerti apa itu 'ukur baju dibadan sendiri'. Ya, walaupun aku kacak, tapi sebaiknya aku takperlu nak demand kerana orang yang demand dengan aku. hahaha..Kau kau yang baca ni, jangan pula nak rasa aku ni 'masuk bakul angkat sendiri'! Aku sebenarnya memuji ciptaan Allah. Kalau aku sendiri tidak menghargai bentuk muka paras wajahku ini, mana sifat syukurku kepada yang Mencipta?
Faham?
Aku berserah dengan apa yang ada. Kerana setiap ciptaan yang ada, mempunyai kelebihannya tersendiri. tak percaya, ok aku bagi contoh. Contohnya kereta kancil. Ramai yang dok pertikai kereta ni, sempitlah, tak selesa, kalau accident remuk boleh jadi debu, kalau pakai kereta ni tak dipandang orang lainlah..Macam macam
Tapi pernah kau fikir, kereta kancil mudah nak cari parking?Kereta kancil better daripada motorsikal macam aku ni, better daripada mereka yang naik kenderaan awam. Kan? Murah kalau nak service. Dan kalau pasal accident tu, kau tidur pun kau boleh mati, itu datang daripada Allah..
Moralnya bersabarlah sentiasa..,
No comments:
Post a Comment