Aku mulakan dengan satu data statistik yang lecture aku bagitau. Sebanyak 12% daripada rakyat malaysia yang belajar mengalami 'stress'. Dan aku hampir menyumbang ke arah peningkatan data tersebut, nasib aku mempunyai kekuatan dan resepi untuk mengatasinya. Alhamdulillah..
Mak aku pernah cakap, kalau aku nanti dapat title Dr. mesti masa tu aku dah botak. Aku gelak dan aminkan. Sebab apa, disamping mak aku berjenaka dengan family aku dengan 'botak', sebenarnya dia itu mendoakan aku untuk mendapat title Doktor.
Itu juga yang aku belajar daripada lectureku, iaitu harus berfikir secara kritis dan sentiasa melihat sesuatu keadaan dalam aspek positif. Botak seksi, ok what? kan? Bila kita sentiasa dalam keadaan positif, insyaAllah segala tindakan dan pencapaian kita juga akan ke arah yang lebih baik, aman, sejahtera, bagus, mantap dan sebagainya.
Baucar
Tadi pagi, bangun je dari tidur aku rasa stress. Aku pun tak tahu kenapa. Masa tu, aku teringat kata-kata motibasi lectureku, kalau satu ketika itu kamu stuck dalam satu keadaan, stress, tension dan sebagainya, please go out. Pergilah keluar berjalan hilangkan perasaan negatif itu.
Maka, pepagi aku dah bersiap awal mengalah orang kerja pejabat. Aku tiba tiba terasa nak beli pen dan buku banyak banyak menggunakan baucar 1malaysia. Hasilnya, aku dah cukup bekalan pen untuk se umur hidup. Aku main ambik je segala, lagak macam orang kaya, padahal tak.
Betullah fakta yang pernah aku baca. Untuk hilangkan stress, pergi shopping. Pasti stress akan hilang disamping hilang sekali dengan duit hahaha..membeli segala peralatan itu semua membuatkan aku terasa seperti remaja semula. Apa lagi dikelilingi oleh fresher..Sekali sekala ada juga mereka menjeling aku seraya tersenyum gatal. eleh nak mengoratlah tu.'Sori, hati aku tengah renovation'. Aku main tangkap je apa yang aku rasa menarik, guna baucar juga..
Politik
Banyak isu yang sampah kebelakangan ini berlaku. Yang sematnya, bukan ahli politik yang dok bincangkan segala, tapi orang kebanyakkan yang sebok berhujah, berdebat layaknya seorang yang pakar mengalahkan pak menteri. terlebih sudu dari kuah..kalau apa yang dia bincangkan itu berdasarkan fakta yang betul, bolehlah juga kita kata 'wow', ini dok main dengan akal dia je..kepalahotakberjambul!
Isu Hudud. Sekarang dah mula senyap dah isu ini. Sebagai Islam, kita wajar percaya hudud adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan. Tapi sekarang ni, isu hudud sekadar untuk menarik undi saja. ya sekadar untuk UNDI!!
Aku yakin dan percaya, Hudud tidak akan dilaksanakan kalau PR memerintah negara. walaupun merekalah kononnya juara hudud. (Bukan aku tak yakin dengan Hudud, tetapi secara faktanya itu yang akan berlaku). Kang jangan ada nak fitnah aku pula nak tolak hudud,
Kenapa?, sebab dalam Kitab Jingga PR tu, tak sentuh pun yang mereka akan melaksanakan Hudud bila mereka menang nanti.Jika itu benar, aku yakin, alasan yang mereka kata pasti sama seperti BN iaitu keadilan masyarakat yang masih tidak tercapai. Perlunya penelitian yang lebih rapi (walaupun mereka dah ada draft).
Bila tidak ada dalam Buku Jingga, maka itu bukanlah satu keutamaan bila mereka memerintah.
Lihat parti ikhwalnul muslimin bila menang?Mereka juga yang tidak dapat melaksanakan Hudud,walaupun sekutunya ingin melaksanakannya 100%. walaupun dulu mereka yang kata akan laksanakannya...
Mungkin ada yang tidak tahu, meh aku bagitau, Hudud tidak boleh dilaksanakan bila Keadilan masyarakat masih lagi tidak tercapai! Contohnya, jika kemiskinan melarat hingga menyebabkan mereka mencuri, maka Hudud tidak boleh dikenakan, begitu juga halnya yang lain. Masyarat itu harus diperbaiki dahulu..
Jangan kita tahu menyalahkan orang lain, tetapi kita harus sama-sama berdoa untuk mencapai apa yang diinginkan itu. Jangan bila nak PRU baru sembang kuat. Lepas tu salah sana sini bila tak laksanakannya, tapi dia sebenarnya, sekadar berkokok untuk menarik perhatian rakyat. Buatnya tidak, malah masyarakat dibawah tadbirnya semakin rosak..
Begitu juga isu Lynas. Ramai yang jadi 'Bodoh Sombong'! kalau tadi bodoh semat tak apa juga. Ini, dia berlagak tahu dan cuba nak pengaruhi orang lain, sedangkan sebenarnya dia sendiri tidak tahu, apa itu lynas, apa itu rare earth, apa itu radioaktif, apa itu radiasi, dan pelbagai lagi term.
Yang dia tahu copy and paste. lepas tu pegi letak gambar baby mutasi, then tulis 'save lynas' .Kalau pun tak pandai, jadilah bijak sedikit, belajar untuk selidik segala maklumat, bukan main telan apa orang lain ludah..
Aku nak cakap satu je dekat sini, Lynas tu bukan loji Nuklear seperti dekat fukushima, jepun tu! Aku pelik pentaksub parti politik ni, mereka lagi suka dengar cakap daripada YB mereka daripada mereka yang pakar tentang benda tu. Tu pakar Nuklear daripada Parti Pas lagi dah sah kan, lynas adalah selamat. (Dr che Rosli).
Yang cakap tu bukanya yang tahu bercakap je macam Pemimpin politik, tapi itu pakar yang memang tahu tentang Nuklear. Aku ulang pakar..Macam manalah Malaysia nak maju kalau setiap perkara nak dipolitikkan? Ini bukannya politik yang akan memperbaiki negara, tapi yang akan menjahanamkan negara..
Untuk detail, aku syor baca maklumat berkaitan lynas di sini atau ulasan yang bersahaja disini
Banyak lagi isu sebenarnya tentang politik ni, macam isu pemimpin tak bermoral dan sebagainya. Bagi aku, sepatutnya kita sebagai manusia menilai dengan penuh berhikmah, bukan menilai mengikut fahaman politik. Sebab itulah bila pemimpin kita buat salah, kita semahunya bela dia. Itu adalah salah. Ikut prinsip, yang salah tetap salah..
Life
Dalam hidup ini kadang kita perlu lepaskan sesuatu untuk kebaikkan diri sendiri. Tiada apa yang kekal. kau kena ingat 'konsep kitaran' yang pernah aku cakap sebelum ini. Tidak semestinya kau menangis sekarang esok lusa, kau tidak akan dapat ketawa. Itu sebenarnya, bagaimana kau yakinkan diri bahawa kau harus bersikap positif.
Lectureku semalam ada mengatakan, bagi aku agak menarik iaitu 'look at what you have and dont look what you lose'. Disebabkan kita selalu memikirkan apa yang kita hilanglah menyebabkan kita kadang berputus asa dengan kehidupan. Apa perlunya untuk kita memikirkan apa yang kita tidak ada? Lebih baik bekerja dengan apa yang kita ada. (ini sebenarnya konsep asas sebagai seorang researcher)
Dalam kehidupan, untuk melakukan perubahan, kita memerlukan masa dimana jika kita yakin kita mampu melaksanakan perubahan. Contohnya dalam jemaah tabligh. Tahu atau tidak kenapa mereka keluar selama 3 hari, seminggu, empat puluh hari, sebulan dan 4 bulan untuk pergi berdakwah?
Sebenarnya itu adalah masa yang diperlukan oleh manusia untuk berubah. Kalau kau tidak percaya, cuba ikut jemaah tabligh sekurang-kurangnya 3 hari, dan cuba lihat perbezaan yang ada dalam diri kau.
Begitu juga,dalam reallife.Aku bagi contoh ketika putus cinta. Lumrahlah kalau putus cinta mula-mula tu rasa sakit gilak babi. Sehari dua seperti serba tak kena. Masa ni lah selalu pakar cinta mengatakan mandi tak basah, tidur tak lena, berak tak basuh, kentut tak busuk dan segalanya kau tak peduli.
Apa yang kau perlu tahu, sebenarnya keadaan itu adalah kau yang kawal. Macam seorang ustaz semalam cakap. 'mind your own bisnes'.. Minda kau adalah dikawal oleh kau, bukan orang lain, bukan persekitaran kau. Orang yang bijak ialah orang yang pandai mengawal mindanya atas dirinya sendiri, bukan disbabkan hal lain.
Bila kau stress kerana putus cinta sebenarnya minda kau ketika itu tengah dikawal oleh persekitaran.
Sebab itu bila ini yang berlaku kepada diri, tidak mengapa, biarkan diri bersedih sehari dua sebagai bonus hari berduka ke hape untuk diri, lepas tu, bangkitkan diri dan cuba kawal balik minda dengan akal yang waras.
Macam lectureku syorkan, please go for a walk..Lihat diri dengan perkara yang bermakna. 'look at what do you have' kawan misalnya, atau parents?
Sebab itu setiap pakar motibasi, pakar marketing ke hape, mereka selalu menekankan perkataan perkataan yang positif kepada diri. Seperti 'kami jutawan, aku boleh, aku hensem,' dan sebagainya. selain daripada doa, ianya juga boleh meningkatkan cas positif yang ada didalam badan.
Sebenarnya bukan setakat hal cinta sahaja, tetapi juga kepada hal lain. Cinta tu sekadar contoh yang aku rasa mudah. lagi satu yang paling penting, mengadu dengan Allah..,
Study
Semalam kelas yang aku ambil terasa sangat best. Mungkin disebabkan kelas mula-mula, maka Dr. pun cakap soal motibasi dulu. Tapi Alhamdulillah, ianya banyak membantu aku menaikkan semangat untuk berjuang sedikit lagi..
Beliau banyak mengingatkan aku supaya selalu mengingatkan diri untuk berusaha dengan lebih maju. Kerana usaha kita hari ini, menggambarkan apa yang kita perolehi kelak. Tidak mengapa susah sekarang jangan susah kemudian..
****************
Aku saja rangkumkan segala entri dalam satu artikel. Sebab aku rasa, aku perlu kurangkan masa untuk blog lepas ni. facebook dan sebagainya misalnya. Aku rasa, sudah cukup aku terlena, dan masanya untuk aku bangun, gosok gigi, basuh muka, mandi, pakai sabun, bilas, pakai baju, pakai minyak wangi dan berjalan menuju kejayaan.
Kadang Allah nak ingatkan kita sebenarnya dengan sesuatu yang berlaku, tentang apa yang kita terlupa dan terleka..
Baguslah dan aku mulai terasa tenang, alhamdulillah..
Ps : Gets a new life..,
No comments:
Post a Comment