Feb 18, 2012

tali ikatan..,

1. Sebelum membuat keputusan satu-satu perkara, kita harus memikir dari sgenap segi. Apatah lagi keputusan itu mungkin boleh mengubah hidup secara total. Perkahwinan contohnya.

2. Perkahwinan bukanlah satu perkara yang sekadar, you love me, and i love you, then get married.. Tidak!

3. Perkahwinan adalah satu janji, selain daripada saling sayang menyayangi, tetapi  juga janji kepada diri untuk memberikan segala komitmen. Memahami sebelum kahwin dan memahami selepas kahwin adalah satu perkara yang rumit.

4. Sebelum kahwin, memahami adalah lebih kepada sekadar untuk mengambil hati atau menjaga hati. Sebab itulah soal kahwin cerai semakin rancak berlaku dalam masyarakat. Hakikat yang sebenar, mereka itu sebenarnya tidak memahami dengan baik pasangan mereka.

5. Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah jangan terlalu taksub dengan pasangan anda hingga mata hati dibutakan dengan cinta, kononnya. Standart orang bercinta, indah belaka walaupun pahit. Tapi untuk kahwin, anda kena fikir sebaik mungkin kerana ia bukan satu perkara yang boleh di cuba.

6. Minta kepada Allah diberi petunjuk..

p/s : Percaya kepada jodoh jangan percaya kepada cinta..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian