1. Tadi masa aku keluar, aku melihat ada dua orang bangla memerangkap 'cleaner' blok aku tengah makan dengan keadaan yang sangat mengesiankan. Tadi tu maksudnya tadi petang. Aku kesian. siyes, bayangkan, dorang bedua makan dekat atas semen, tempat selalu orang pijak, lepas tu tak ada alas, makan dengan bekal yang mereka bawa, dengan air daripada watercooler.
2. Mungkin ada yang 'alah' dengan bangla. Konon sebab mereka adalah golongan terendah tarafnya. Bagi aku fikiran seumpama itu adalah manusia yang angkuh. Ingat pesan nabi, bahawa semua manusia adalah sama taraf kecuali iman mereka.
3. Orang putih punya pepatah, 'cuba letakkan diri kamu di dalam kasut mereka' baru kita akan rasa dan tahu apa yang mereka lalui.
4. Aku teringat ketika di asrama, ada seorang rakanku. masa tu aku pergi town dengan dia. Lepas tu bila dah sampai, tiba-tiba dia cross jalan tanpa bagitau aku. Aku pelik. Bila aku perati, rupanya dia bagi sedekah dekat pengemis yang ada diseberang jalan. keluh aku melihat. Dia kata, dia pernah hidup susah, dan dia rasa dia patut tolong mereka yang tidak bernasib baik semampu boleh.
5. Masa tu, aku sangat bangga dengan apa yang dia lakukan. Ada juga rakanku yang berhati murni. Dan setiap kali itulah aku cuba ikut apa yang dia nasihatkan. Tolong selagi mampu, walaupun tidak banyak. Jangan bagi alasan.
6. Aku ada juga bertanya tentang pendapat member-member aku soal pengemis, atau makcik-makcik yang jual tisu ke hape ke. Ada pendapat mereka yang sangat mengjengkelkan aku. Mereka akan bercerita soal sindikit pengemis yang dipaksa dan pelbagai lagi teori ala-ala teori freemensen. Kesimpulannya, mereka tidak ingin membantu.
7. Bagi aku lain. Kalau kau nak bersedekah, ikhlaskan hati untuk memberi tanpa ragu. Tanpa berfikir adakah mereka menggunakan duit seringgit yang kau bagi itu dengan sebaik mungkin. Walhal seringgit itu air tin pun tak lepas nak beli. Cuba fikir semula, dalam sebulan berapa kali kita menolong orang yang susah?(Tidak termasuk duit seringgit kau bagi setiap jumaat dekat tabung masjid)Tolong jangan bagi alasan untuk keadaan begitu. "masukkan diri kamu didalam kasut mereka'..
8. Bayangkan kau pegang gelas dan minta duit dengan orang lain. Kau sanggup?Bayangkan makcik-makcik yang jual tisu tu, kau boleh buat begitu? Tanpa rasa malu meminta-minta dengan orang lain. Sanggup? Kalau diberi pilihan, mereka juga tidak ingin melakukannya. jangan fikir bila mereka dipaksa ke hape, just bantu serba sedikit. Takkan luak duit yang kita ada kalau setakat bersedekah RM1. Kalau pun tak nak bersedekah, fine, but please janganlah kutuk, perli atau buat andaian-andaian yang tidak baik..
9. Member aku sorang lagi parah, tahap belas kasihannya bagi aku sangat mengharukan. Kadang aku malu sendiri. Bayangkan bila ada makcik tua tengah sibuk menjual krepek, aku buat rilek. Sedangkan dia sangat kasihan, dan sangup keluar duit beli tanpa banyak fikir. Itu takpa lagi, kadang bila tengok kedai yang tak ada pelanggan pun dia boleh kesian. Bukannya nak menunjuk-nunjuk dia hati murni ke hape, Tak. aku tahu sebab aku boleh lihat bagaimana cara dia cakap (kadang kita boleh tahu orang tu hipokrit ke tidak, orang tu nak bajet baik ke tidak). Sampai kadang aku kata dengan dia, jom kita pegi tolong beli kedai dia he. Aku tahu, mesti sebab dia bayangkan dia berada ditempat pekedai tu. Doa adalah jalan terbaik untuk keadaan ini.
10. Aku punya hati 'begini' aku syak mungkin acuan daripada mak dan ayah aku. Mereka berdua ini adalah sangat baik, siyes. Aku ingat lagi, tiap kali ada salesman datang rumah aku jual barang, mak aku pasti suruh akak hidang kan air. Salesman tu bukannya sedara mara pun. Yela kau bayangkan salesman yang kadang kita salu geram sebab banyak cakap, selalu je bagi flyer tu. Aku sendiri bengang bila orang banyak cakap. Bila mereka pulang je, aku pun tanya kenapa sampai nak buatkan air?bukannya kenal pun? Mak aku jawab, sebab kesian tengok dan dia kata 'mesti budak tu penat'. Suci betul hati mak aku. itu belum lagi tukang banci dia nak buatkan air, sampai encik pegawai banci tu yang menolak sebab dorang tu kejar masa...
11. lepas tu, kalau apa saja penjual datang kerumah aku(sayur ke, jual krepek ke, jual kipas ke etc), mesti mak aku akan beli sebarang dua. Ayah aku kadang bengang juga sebab apa yang mak aku beli itu tak perlu pun. Tapi mak aku cakap, takpe kesian tengok, barang dia banyak lagi tak laku. duhhh..
12. yang paling aku geram ialah pasal budak pengakap yang berkhemah berdekatan dengan rumah aku. mak ayah aku boleh bagi budak-budak(fasilitator) tu tidur dekat rumah aku. Konon sebab masa tu hujan. Mak ayah aku kesian dengan budak budak tu. Sweet kan?? Yang sangat bengang adalah aku dan adik beradik yang lain. ye la, dah nama camping, mestilah kena berhujan panas. Taknak kena hujan, balik rumah tidur lah. Ini kacau kita nak tengok tibi hape segala..
13. Dulu, rumah aku penuh dengan bunga. Mak aku suka dengan bunga, maka jadilah rumah aku penuh dengan bunga. Masa tu, dia selalu cakap dengan kami, dia nak jual je bila ada orang berkenan ke hape dengan segala bunganya tu. Tapi, bila ada yang datang merisik nak bunga tu( orkid ke hape), bukan dia nak jual pun, dia bagi percuma je. Bila kami adik beradik tanya kenapa tak jual pun? Dia cakap tak sampai hati nak jual dengan rakan-rakannya. hahaha, ini aku rasa, kalau mak aku berkedai runcit, memang tak akan untunglah gamaknya..,
12. yang paling aku geram ialah pasal budak pengakap yang berkhemah berdekatan dengan rumah aku. mak ayah aku boleh bagi budak-budak(fasilitator) tu tidur dekat rumah aku. Konon sebab masa tu hujan. Mak ayah aku kesian dengan budak budak tu. Sweet kan?? Yang sangat bengang adalah aku dan adik beradik yang lain. ye la, dah nama camping, mestilah kena berhujan panas. Taknak kena hujan, balik rumah tidur lah. Ini kacau kita nak tengok tibi hape segala..
13. Dulu, rumah aku penuh dengan bunga. Mak aku suka dengan bunga, maka jadilah rumah aku penuh dengan bunga. Masa tu, dia selalu cakap dengan kami, dia nak jual je bila ada orang berkenan ke hape dengan segala bunganya tu. Tapi, bila ada yang datang merisik nak bunga tu( orkid ke hape), bukan dia nak jual pun, dia bagi percuma je. Bila kami adik beradik tanya kenapa tak jual pun? Dia cakap tak sampai hati nak jual dengan rakan-rakannya. hahaha, ini aku rasa, kalau mak aku berkedai runcit, memang tak akan untunglah gamaknya..,
14. Kalau aku nak cerita, banyak sangat benda yang mak ayah aku buat sangat mengharukan aku. Kadang mungkin ada yang akan rasa aku buat-buat cerita but the fact is itulah parents aku. Tak percaya mehh datang rumah aku. itulah soal hati. Mak ayah aku selalu cakap, hari ini giliran mereka susah, mana tahu esok lusa kita yang lalui pula? Maka tolong selagi mampu. Hari ini kita tolong mereka, esok lusa orang lain pula tolong kita..,
P/s : Lembutkan hati dengan fikirkan kesusahan orang lain..,
No comments:
Post a Comment