Feb 25, 2012

pilihan yang telah dibuat..,

1. Aku ingat lagi bila aku ambil keputusan untuk sambung master. Masa tu, lecture aku offer kepada kami, siapa yang nak sambung belajar bawah dia. Maksudnya, tajuk dah ada, dan segala macam telah tersedia. Tinggal paksa diri untuk sambung je belajar. Bila lecuter bangkitkan soal menunggu peluang kerja mungkin akan mengambil masa hingga 6 bulan, aku ambil keputusan untuk terima tawaran itu(tapi masih samar lagi).

2. Masa tu, aku dah solat istikarah. Allah dah tunjukkan jalan untuk aku sambung belajar. Tapi aku masih ragu. Aku tanya rakan, tapi semua tak banyak membantu untuk aku buat keputusan. Sebab, rata-rata mereka bagi nasihat, 'ikutlah kehendak hati kau, kalau nak sambung,maka sambung saja belajar'. Semat!! bagi aku, nasihat begini tak banyak membantu sebenarnya. Aku suruh bagi pendapat, kira brainstorming ke hape, bagi advantage and disadvantage ke, atau buatkan aku s.w.o.t analysis ke. Alih-alih suruh ikut mata hati aku. Kalau begitu, baik tak payah tanya. Kan?

3. Aku still lagi ragu. Maka aku ambil keputusan untuk pergi berjumpa lecture aku memerangkap PA (pembantu akademik) aku untuk meminta pendapat dan sedikit nasihat yang mungkin berguna. Dia siap bagi aku dua sesi kaunseling lagi. Sebenarnya aku tolong dia buat assignment dia juga. Kira win win situation lah. Tapi Alhamdulillah, sesi tu banyak memberi pencerahan yang memang aku perlukan. Lepas tu, aku doa, dan  aku rasa ini adalah keputusan muktamad.

4. Masa tu, aku tak risau pasal kewangan. Sebab bapak aku nak bagi duit untuk bayar yuran pendaftaran. Dan berdasarkan rakan rakanku yang tengah sambung study, aku boleh mendapatkan tajaan dengan memohon untuk  menjadi grf ke hape ntah. Masa tu aku yakin. Tapi, macam aku selalu aku cakap, Allah tak akan bagi jalan mudah untuk capai kejayaan, Dia bagi aku dugaan pertama. Aku tak sempat pohon pun benda alah itu(grf). Maka aku termiss untuk satu semester. Disitu mula terasa payah..,

5. Masa tu hati aku mula goyah. Bulan pertama, aku boleh lagi hidup dengan duit baki bayar yuran yang bapak aku bagi. Aku tak macam orang lain, yang boleh minta dengan parents bila terdesak tak ada duit. Aku lagi sanggup pinjam dengan member daripada susahkan parents. Kau tengok, tingginya ego aku. lagipun bapak aku dah tua, sampai bila nak susahkan?sampai buat mereka risau? itu ayng aku fikir, walaupun ada sesetengah member aku cakap, 'ala itu adalah tanggungjawab mereka'. bila kita fikir begitu, kenapa kita tidak fikir pula tanggungjawab kita sebagai anak kepada mereka? aku ingat lagi kata-kata lecture aku, 'kalau tak boleh senangkan mereka, jangan susahkan hati mereka' 

6. Tapi nak buat macam mana, itulah janji yang aku buat masa aku start ambil degree. 'aku tidak akan susahkan mereka' Maka sampai sekarang aku pegang janji itu. walaupun kadang aku terpaksa juga ambil duit mereka. tapi sebolehnya aku elak! Masa aku payah, aku mula belajar ikat perut, buat catuan dengan sangat drastik terutama soal perbelanjaan.

7. Aku try juga minta kerja dekat banyak tempat. Tapi Allah masih tidak kabulkan. Aku redha. Masa tu tuhan je tahu apa aku rasa. Malam, asyik fikir apa yang akan berlaku esok hari. Fikir pasal sewa bilik, makan dan sebagainya. Nasib baik aku ada set dapur yang lengkap. ringan sedikit rasa. Betul kata orang, duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. 

8. Bila parents aku call, aku tipu demi nak jaga hati. Aku cakap aku ok disini. Aku cool. Dorang tanya pasal duit pun, aku masih boleh kata aku masih lagi ada duit, padahal hutang aku dah keliling pinggang.Siyes. Tuhan je tahu apa aku rasa, tapi nak buat macam mana?Terpaksa. Masa cuti tu, adik aku suruh balik sebab akak bongsu aku kahwin. Akak aku siap kirim duit suruh balik, tapi aku tak balik. Aku bagi alasan aku banyak kerja nak siap, padahal hati aku ni nak sangat balik. sumpah!! ini perkahwinan pertama dekat rumah aku, so memang penuh makna. Tapi perancangan Allah lagi baik. Aku ambil keputusan tak balik..

9. Aku tak balik, tapi duit tiket tu,aku tak bagi balik dengan akak aku. hehe. Terbalik, dia pula bagi aku hadiah masa dia kahwin. Duit tu lah aku guna bayar sewa bilik yang beberapa bulan tertangguh dan cover duit makan aku beberapa minggu..

10. Lepas tu, Kantoi dengan mak aku. Dia tahu yang aku dah parah dekat sini. itu pun sebab aku tercakap dengan akak aku masa chatting dekat facebook. Kau tahu, akak aku ni mana boleh simpan rahsia dengan mak aku. Becok!! Masa tu, mak aku sangat risau. Tiap malam call segala, sampai aku rasa macam budak darjah 6 yang tengah ambil Master. Aku cool lagi masa tu, aku cakap aku ok. Aku kata aku dah ada kerja (walaupun masa tu aku takda kerja hape pun).

11. Tapi berkat aku tak nak mak aku risau, aku dapat kerja dengan lecture aku. Alhamdulillah. Sekurang-kurang dapat tampung hidup aku sedikit. Macam aku cakap, aku banyak tebalkan muka pinjam dengan member(siyes). Kadang mereka yang dok baik hati bak malaikat nak tolong aku...Kalau aku mati pun, kau jangan risau, aku dah tulis dekat dalam diary aku, parents aku pasti akan bayar semula. Buat masa sekarang, hanya Allah yang dapat balas..

12. Moralnya, kadang Allah nak bagi nikmat kejayaan itu bukan dengan kegembiraan, tapi dengan dugaan dahulu. tengok sekarang, grf tu pun aku tak dapat,(sebab unibersiti dah ketatkan syarat yang tak melayakkan aku dapat) tapi aku yakin yang Allah saja boleh susahkan aku. 

Alhamdulillah, aku masih dapat bertahan, walaupun dengan penuh kehinaan.

13. Aku selalu pujuk hati aku, supaya sentiasa bersabar dengan ujian ini. Kalau aku dapat lepas halangan ini, insyaAllah, halangan seterusnya pasti akan mudah. Alhamdulillah, aku dapat juga kerja sementara. kerja dengan classmate aku dulu (phd student). 

14. Aku selalu berdoa, kiranya ini menjadi sinar permulaan kepada hidup aku. Tadi, baru saja aku dengar kuliah seorang ustaz, iaitu 'kalau keyakinan bahawa tiada upaya selain Allah itu tebal dalam hati kita, insyaAllah pasti semua akan menjadi ringan.' Dan itulah aku alami, aku mula terasa ringan sedikit..

15. Ya ringan, walaupun yuran untuk semester ini aku tak bayar lagi. ah biarlah dulu dia bagi warning. Bukan aku sengaja taknak bayar,.

16. Sebab, aku dah mula rasa nikmat bila yakin kepadaNya. mungkin ada yang merasa aku tidak cukup layak untuk 'rasa' ini, ah kau apa tahu? kerja kau nak jadi stalker. Kerja kau, nak cari kesalahan, lepas tu  nak perli perli seperti aku ini seorang yang tiada agama. Soalan aku, 'layak ke kau nak judge orang lain'?

17. Kepada mereka yang membantu aku, samaada yang menggunakan kata-kata ataupun dengan meminjamkan aku bantuan, insyaAllah doaku ada untuk kamu. Allah pasti memberikan ganjaran yang setimpal buat kamu. Aku akan sentiasa mengingati dan akan membalas jasa kamu itu, kerana kebaikkan kamu itu suci. Sungguh!

18. Aku sekadar ingin mengingatkan diri aku tentang apa yang aku alami disini. Sebab itu aku tulis disini, sebenarnya artikel ni dah lama tapi sekarang baru rasa nak publish.Ntahlah.. Aku bukan nak orang lain tahu atau judge ke hape, tiada kaitan apa pun..Aku tak perlu pakar motibasi ke, pakar ilmuan agama ke yang nak kritik ke, yang nak berlagak suci murni ke, no! tak perlu kau tunjuk disini, cukuplah kau nasihat diri sendiri dahulu..Sebab hati aku tengah tension, so, takut-takut aku serang tanpa belas kasihan dah..

19. Tadi aku tanya member aku yang hensem(saja nak panggil dia hensem,walaupun aku lagi hensem dari dia) tu, samaada boleh siapkan thesis sebelum bulan 6 atau tidak. Dia kata, pasti boleh..Aku harap itu juga adalah doa daripada dia. Amin..

Keyakinan itu datang daripada usaha..Sekarang aku tak perlukan siapa-siapa lagi. Cukuplah segalanya apa yang aku ada, family, rakan dan thesis aku, makcik skema yang baik hati, budak kecik dan sebagainya..

Ps : Thank you so much..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian