Feb 25, 2012

gastrik dan makcik skema..,

1. Tadi perut rasa gila nak pecah. kau tahu bila tak makan, lepas tu masuk angin, gitulah jadinya. Rasa nak kentut tapi tak boleh. Rasa nak berak, tapi tak boleh. Dan semua jenis rasa kau ingin, tapi still perut rasa nak pecah.

2. Aku bagitau member aku. Makcik skema. Dia suruh aku pegi masak nasi, lepas tu makan nasi je. Gilak, makan nasi tanpa lauk sama juga pergi kfc, ambil bau je. Mana ada nikmat?

3. Nasib baik ada maggie semalam aku beli lebih. Maggie ni aku dah tak makan sangat. Semenjak member aku yang hensem tu ada pengalaman sakit pinggang sebab selalu makan maggie. Duhhh aku masih sayang lagi buah pinggangku ni. kehkeh hensem kot, sampai ramai tertarik..

4. Tapi disebabkan tengah darurat. jam dah pukul 12 malam. cafe dah tutup, nak keluar kampus malas,kang accident tengah jalan, macam mana.?Dah la sakit sakit gini. Maunya mati busuk dekat tepi jalan. Maka aku ambil keputusan yang berat untuk masak maggie.

5. Aku bagitau gak member aku sorang lagi (biasa member banyak). Dia boleh kata aku 'bangang' sebab kenapa aku tak makan. Emm mulut memang takda sifat terpuji langsung. kang tiba-tiba kau sakit perut seminggu, baru tahu tinggi langit macam mana! Tapi tak apa, dia punya mulut, redha je la apa orang lain nak cakap. Aku gak salah pegi tagih simpati, siapa suruh? Padan muka hahaha..

6. Aku malas dah nak kecoh pasal apa kak zack tegur tadi dekat twitter. Lantaklah, orang dah duk maki hamun, takkan nak tadah muka lagi? takkan lah muka aku ni setaraf aspal jalan raya yang takdaq maruah langsung, bila orang dah bagi hint begitu.pepandailah dah jalan.

7. Yela, dah selalu kena kutuk diri tak hensem segala, takkan tak tau malu kan? Teringat dengan budak sabah tu. kejadahnya  sejarah berulang lagi?.karma betullah..

8. Magic,.. perut aku dah cool down setelah di beri nasihat oleh makcik skema. terima kasih daun keladi..

ps : dah ada kawan senyum, buat apa nak kawan menangis. kan?

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian