Feb 19, 2012

Mimpi ngeri..,

Aku selalu bagi nasihat kepada orang lain. Daripada masalah cinta, masalah keluarga, masalah diri, masalah study, dan pelbagai masalah. Bila aku bagi nasihat atau bagi pandangan, agak mudah untuk mereka terima. Agak mudah untuk meyakinkan mereka bahawa masalah itu bukan faktor penghalang, tetapi sebagai tool pemangkin semangat hidup untuk terus berjuang.

Kini baru aku tahu apa yang dikatakan masalah. Ya aku tahu, baru tadi aku naikkan status 'kadang kita rasa diri kita paling malang, padahal ada lagi orang yang lebih malang daripada kita' tapi sekarang, aku terasa dirikulah paling malang dalam dunia ni.

Baru aku faham, mengalami sendiri tidak sama dengan mendengar masalah orang lain. Kalau semangat juangku dulu 100 percent, baru tadi dia menjunam hingga ke paras 0.1 percent. Bayangkan?

Betul kata orang, kalau kena batang hidung sendiri, baru tahu tinggi mana langit, baru tahu luas mana lautan. ya dan kini itulah yang aku rasa. Kau pernah rasa otak kau tiba-tiba berhenti berfikir? tadi aku baru rasa. Sangat sakit. Terasa seperti kau nak meraung dalam gelap, seperti kau nak berteriak dilembah yang kau sendiri dengar gemanya.

Analoginya mudah. Kau bayangkan kau duduk dekat sebuah pulau bersendirian. Contoh macam dalam filem 'cast away'. Setiap hari kau kira pasir, kau hitung hujan, kau hitung pokok, kau hitung ari, kau hitung ketam, kau hitung semut, kau hitung jari, kau hitung rumput, kau hitung segalanya untuk menunggu 'angel' yang akan menyelamatkan kau keluar daripada pulau itu. Setiap hari, masa yang kau hitung terasa semakin lama berlalu. Kalau boleh kau ingin berenang saja redah lautan. Namun itu perbuatan bodoh.

Kau sendiri tahu perbuatan itu sama saja maksudnya seperti kau ambil pisau, then kau tikam jantung kau. Mati. sebab bila kau berenang, kau tak tahu arah nak tuju, kau kena berenang dalam masa seminggu, sebulan or lebih daripada itu baru akan sampai ke daratan, itupun kalau nasib kau baik. Dan kau juga perlu bersedia dengan jerung-jerung yang ganas, yang tak kenal erti belas kasihan. Bayangkan.

Lepas tu, satu hari kau terlihat objek samar-samar seperti sebuah kapal. Hati kau berbunga-bunga. Kau buat unggun api. Kau buat parti bebas, parti buih sensorang kerana dalam hati kau, kau yakin doa kau termakbul. kau yakin ini adalah peluang terakhir kau, kerana bekalan makanan kau hanya cukup untuk seminggu sahaja lagi. Kau yakin inilah bantuan tuhan yang kau doakan.

Esoknya kau berkemas siap-siap. kau mandi, kau sikat rambut dan sebagainya. Semakin objek itu dekat, semakin hati kau terasa riang. Kau happy. kau menari seorang diri. Kau yakin akan cipta nama dengan semua pengalaman ini. Sesaat, seminit, dan sejam berlalu,  objek itu semakin menghampiri pantai.

Namun, kau kecewa. sangat kecewa. Penyelamat yang kau rasakan itu adalah serpihan sampah daripada kisah tsunami daripada Jepun. Apa yang kau rasa? Kau putus asa. Kau meraung bagai nak gila. Kau salahkan diri sendiri kerana memberi harapan palsu kepada minda, kepada hati, kepada perasaan dan sebagainya.

Kau menangis, kau mula salahkan diri dan sebagainya. Kau terasa kini tiada apa yang penting. Hanya perlu menggali lubang yang cukup untuk diri kau, dan bersedia untuk mati disitu. Ya mati kerana keciwa! Kesimpulannya berapa lama lagi kau ingin tunggu?Tiada apa lagi harapan yang ada, tinggal kenangan yang subur dalam jiwa.

Yang ada dengan kau ialah burung yang setia menemani mu disaat kau berduka. Dia berkicau di sebalik pokok. Memberi harapan kepada dirimu bahawa ada juga kebisingan yang menenangkan hati. Kau hanya ditemani bunyi hempasan ombak yang tak henti-henti.

Persoalanya, kau ingin lari ke mana lagi? kiri pantai, kanan pantai, belakang hutan dan dihadapan adalah laut yang tiada penghujung..

Allah jika ini takdirku, aku redha. Aku sedia mati disini..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian