Feb 21, 2012

Akanku ukir senyuman untuk mu..,

1. Ketika aku hampir berputus asa, Kau beri sinar harapan. Yang aku sendiri tak terduga. Ketika itu, dalam kepala hotakku yang berserabut ini penuh dengan ayat ' disini aku perlu berhenti'

2. Tapi TakdirMu tiada siapa yang dapat yang menghalanginya. Kau berikan aku sejuta rintangan, tapi dengan hanya sebuah hati, kau selesaikan tanpa aku jangkakan. Terima kasih Tuhan.

3. Aku masih teringat kata-kata manis pensyarahku. Bilangnya begini ' Dia tidak akan tutup satu pintu tanpa membuka jendela yang lain'. Kini aku faham.

4. Terima kasih si baik hati. Ketahuilah Allah melihat perbuatanmu merungkaikan kekusutan ini. InsyaAllah, aku akan berdoa semoga kau dilipatkaligandakan rezekimu, dan kejayaan juga akan mengiringi perjalanan hidupmu. Janji tuhan, kejayaan akan datang kepada mereka yang berhati murni.

5. Benar, kejayaan tidak datang bergolek. Kejayaan perlukan halangan sebagai perencah.

6.  Terima kasih si baik hati..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian