Dec 9, 2009

sebuah cerita duka nan lara

sudah 3 minggu aku mengerah tenaga, masa, dan sebagainya untuk menyempurnakan
tugas aku sebagai mahasiswa. maksudnya ini adalah salah satu syarat untuk aku
bergraduat. so kenalah berpraktikal..

namun yang pasti, semangat dihari pertama semakin hari semakin pudar sinarnya. Aku hanya memenuhi syarat sahaja, hatiku semakin malas..apakah ini petanda yang aku perlu meningkatkan semangat untuk belajar?

Aku seorang yang selalu bersederhana dalam setiap hal, aku lakukan perkara apa yang termampu aku lakukan dan selebihnya aku berserah kepada-Nya. masalah malas aku untuk berpraktikal ni hanyalah ringan sahaja berbanding rakan-rakan sperjuangan ku yang lain.

ada antara mereka kini bercadang untuk pindah tempat praktikal. Alasan yang mereka berikan"tak tahan". patutkah??penulisan aku kali ni bukan untuk mencari kesilapan sesiapa, tapi aku hanya ingin berkongsi pendapat yang aku rasakan perlu untuk aku luahkan.kalau nak diikutkan sama sahaja semua tempat bebanan kerjanya, lebih-lebih lagi seperti kami yang berada di syarikat swasta,yang sentiasa mempunyai tekanan kerja yang cukup besar.Betul, aku bekerja di syarikat consultant yang memerlukan komitmen yang cukup tinggi untuk menyiapkan segala report kepada client.memang lah kekadang kerja kurang tetapi untuk pengetahuan semua,sekali report datang setiap bulan tinggi menggunung.Ada diantara rakan ku yang tidak tahan kerana disuruh photostat kerja sahaja. Aduhai manjanya, aku dan beberapa orang yang sama tempat disuruh pelbagai kerja,disuruh baca report yang tebal,disuruh photostat,disuruh masukkan duit dalam bank,disuruh angkat air water cooler dan sebagainya.bagi aku,time praktikal inilah kita diuji sebelum kita melangkah ke alam pekerjaan. sedih pun ada kesian pun ada mengenang nasib mereka. dulu mereka lah yang beria-ria memohon tempat praktikal, kata disini best, di situ best..last-last bila dah dapat tempat,mulalah memilih. disitu xbestlah,disini xbestlah sedangkan mereka yang memohon. bayangkan permohonan mereka hampir mencecah 40 buah tempat berbanding aku hanya 7 tempat yang aku pohon. Alasan mereka, takut tiada tempat,haha tak yakin dengan pertolongan Allah begitulah jadinya.

7 tempat yang aku pohon 2 yang panggil aku untuk memerima aku menjalankan praktikal di tempat mereka. sedangkan member aku yang lain, last-last minit baru dapat panggilan. kenapa tak mengelabah.

tawakal tu penting..

aku harap dan berdoa rakan-rakanku yang lain dapat berpraktikal dengan jayanya..
insyaAllah..


masalah kehidupan mesti ada penyelesaiannya,
janji Allah benar,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian