Dec 11, 2009

kalau tidak sekarang bila lagi?

perubahan kepada yang sesuatu baik adalah salah satu tuntutan agama,apabila berlaku perubahan yang positif dalam diri kita kejayaan pasti akan menjadi milik kita. Samaada ianya datang cepat ataupun lewat, itu hanyalah salah satu dugaan dan ujian daripadaNya,

aku mula terfikir,
selama hampir 24 tahun aku hidup didunia ini, apa yang telah aku capai?
adakah aku berada dalam landasan yang betul?ataupun aku hanya membazirkan masa, waktu tenaga, nyawa dan harapan ibu bapa ku??
atau adakah aku kini telah mengorak langkah yang penuh berkeyakinan bahawa aku kini telah memulakan 'langkah'?

Cepat masa berlalu,seperti baru semalam aku mengenal abc,seperti baru semalam aku memulakan hari persekolahan dibangku sekolah,seperti baru semalam aku berada di asrama bersama rakan-rakan ku,belajar+bermain dan seperti baru semalam aku menjejak kaki ke universiti ini seperti hasrat kedua ibu bapaku. hati kecilku berkata "dunia dah tua"

Hampir 3 tahun berlalu, ketika aku menjejak kaki ke universiti ini.
haha semalam yang mengharukan,
sudahlah datang tanpa ditemani parents,
datang lambat hinggakan kaunter pendaftaran telah tutup,
yang lebih mengharukan,mendaftar dikolej yang bukan aku ditempatkan.Agak memalu tapi buat-buat tak bersalah,i kan fresher time tu?.
kenangan + pengalaman yang sangat berharga
Banyak yang aku pelajari, dan yang sangat penting ialah berdikari. berdiri atas kaki sendiri.

aku pernah keseorangan, bila orang lain sibuk bercuti..
aku tak kesah, ah dan banyak lagi. Bukan ini yang aku ingin kongsikan sebenarnya.

Aku just ingin luahkan apa yang telah aku fikirkan sebentar tadi,
"Kalau tidak sekarang, bila lagi?"
Dramatik tetapi penuh makna,
aku tanya diriku,
selama aku belajar ni, apa yang aku telah capai??
Ilmu?
pengalaman?
pengetahuan?
atau hanya sia-sia?
membazirkan duit ibu ayah,atau hanya membazirkan duit PTPTN dan atau hanya membazirkan duit rakyat sabah yang menaja aku?
Penting untuk aku fikirkan sekarang,
aku kena berusaha untuk memajukan diriku sendiri,
" tidak berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya"
kejayaan ditangan diri sendiri,
lainlah kalau ibu ayah aku seorang yang kaya raya,

Aku tertarik dengan cerita hidup Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,
Usaha teras Kejayaan,
belajar hanya setakat darjah 5, itu pun tak sempat untuk ambil peperiksaan sebab tak mampu bayar yuran. dan sekarang? jutawan yang mempunyai aset Rm4.16 billion.
Allah maha pemurah,
bila kita ikhlas,bila kita berusaha atas keyakinan kepada Allah, kita akan berjaya.

aku terkedu bila membaca artikel tersebut, ingatkan orang yang mengasaskan yayasan Albukhary ni seorang yang mempunyai title sekurang-kurangnya DR.
kalau dia boleh berjaya tanpa belajar tinggi,
aku pun boleh berjaya, insyaAllah..
Allah pasti bantu aku kalau niat ku betul..
satu personaliti Tan Sri yang aku tertarik ialah, sejak beliau belum menjadi jutawan lagi dia sudah terlatih untuk membantu orang lain.
semoga Allah membalas segala usaha baiknya..

Berfikir secara kritikal adalah salah satu kelemahanku,
ah,
itu semua bukan menjadi penghalang,
aku yakin dan percaya aku mampu berjaya suatu hari nanti,
aku tahu aku pun telah mengorak langkah,
seriously,
aku telah pun bina future planning aku,
aku belajar dari kesusahan yang pernah aku alami,
aku nak lihat kemampuan ku,
bilamana aku terlibat dalam teamwork for WUPID (World Universities Peace Inventational Debate)
pengalaman berharga yang perlu aku gunakan sebaik mungkin,
from now on, speaking haha
like my gal suggest..

Hidup perlukan cabaran, kesusahan dan kepayahan, dan perlukan pengorbanan untuk memastikan aspek mental dan fizikal kita telah pun di uji.
kita akan menjadi matang dan akan datang sentiasa mampu untuk menghadapinya
bantu orang lain, tunaikan hak orang lain dahulu baru fikir diri sendiri insyaAllah,allah pasti bersama kita

sebagai penutup ingin aku kongsikan kata-kata
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
"Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan"

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian