So aku pun terasalah kehangatan cuti ni dengan melepak dalam bilik ditemani laptop dan juga guitar. Agak mengharukan juga, tapi inilah peluang untuk aku beristirehat melapang dada,melegakan otak dan sebagainya.
Tadi baru saja call bb, disebabkan kebosanan, aku pun cuba bercerita dengannya cerita yang berunsur seram yang agak funny..tapi geram sebab asyik dia saja nak sambung cerita ikut apa yang dia nak.haha cute..
Sebenarnya cerita yang sama, yang selalu aku dan dia reka just nak bergelak. Emm takpe lah aku cuba kongsikan disini kepada semua, cerita rekaan yang mengalahkan cerekarama dekat tv tu.
Tajuk cerita: 'Hai bang.."
Aku cuba menafikan perasaan yang menyelubungi hatiku. Takut, seram dan sebagainya. Lebih-lebih lagi ketika ini aku bersendirian berjalan kaki menuju ke cafe yang agak jauh daripada blok kediamanku. Biarpun aku seorang lelaki, namun bila berjalan melalui lorong gelap, yang hanya diterangi cahaya bulan dan pokok-pokok merendang dikiri dan kanan bahu jalan, meremang juga bulu kaki ku.. Namun disebabkan desakan perutku yang agak boroi ni, aku beranikan diri pergi ke cafe memalam buta ni. Aku cuba mengajak Jeman (bukan nama sebenar) namun hampeh,dia tak nak. Malah dia cuba menakuti aku dengan pelbagai cerita seram yang membuatkan aku ketika itu agak ringan tangan untuk melempang mulutnya sehingga berdarah.
Aku baru sehari pindah ke blok L7 ini kerana blok lamaku selalu saja kehabisan air. Agaknya budak-budak dekat blok lama aku tu rajin sangat mandi kot. Hampeh kerana aku selalu saja tak mandi pagi kerana kehabisan air. ala seperti cereta P.Ramlee tu..cuci muka je..
Ish mende plak aku mengarut sampai ke P.ramlee plak ni. sorry hehe teroverr plak.
Berbalik kepada cerita aku tadi, jeman pun berkata ketika aku memintanya menemaniku pergi ke cafe.
"emm ko hati-hatilah yerr, kawasan simpang tu agak keras, ramai dah terkena dengan gadis rambut mengurai tu. kalo ko nampak ko jangan dekati, baik lari je"
ulas jeman yang membuatkan sekali sekala bulu hidungku tertegak membuatkan aku terbersin dua tiga empat lima enam tujuh kali. Actually sekali je aku bersin.
time aku dengar jeman berkata sedemikian, aku cuba membatalkan niatku, Membeli makanan mengubati perutku yang dari tadi berdangdut mengikut rentak lagu Amelina.
'sungguhku tak mampu, manahan rindu Ah Ah Ah ah ah ah'
ketika hampir tiba disimpang yang dimaksudkan,
jantungku mula berdegup kencang, melihat kelibat seorang perempuan yang cuba mengekoriku. Aku cuba 'mengecool' kan diriku, aku berjalan seperti biasa saja sambil bersiul-suil sambil sekali sekala tanganku ligat mengorek hidung. namun ketika itu bulu ketiak ku semakin menegak dek kerana ketakutan yang teramat sangat.
Aku cuba menafikan segala perasaan negatif yang bermain dimindaku dan cuba untuk berfikir rasional. Tiba-tiba bahuku disentuh, seperti tiada sesaat, aku pun menjerit seperti pondan disergah anjing.. F***!!aku berpaling dan cuba melayangkan penumbuk kiriku.
serentak itu makluk yang menyentuh bahuku berkata "Hai bang, boleh kita jalan sesama? I pon nak pergi cafe juga"berkata seperti perempuan ayu sambil dia cuba merangkul tanganku. Hampir-hampir saja aku termuntah seraya melihat muka pondan sial ini. Bibir yang dipenuhi lipstik, tahi lalat di tepi bibir yang membuatkan orang lain terasa untuk melempangnya tanpa belas kasian,bulu hidung yang terkeluar,kening yang tebal dan sambil tangannya mengutil-kutil mini skirtnya. F***!!tapi melihat tubuhnya yang berketul-ketul aku tidak terasa aku mampu melempangnya dengan sewenang-wenangnya.
aku menyentap tanganku sambil memaki hamun didalam hati kepada jeman."kurang ajar ko jeman,.. ko tak bagitau pun makluk yang orang lain takut disimpang ini tidak lain adalah pondan sial ni,sudahlah hodoh mengalahkan setan."
Tiba saja dibilik jeman dah mula tergelak mengalahkan beruk di zoo.
"Ko ada jumpa tak Perempuan mengurai??" diikuti dengan ketawanya
"aku rasa aku nak mandi air tanahlah,maknyah tu dah sentuh aku"
"ko dah ternoda tu"
jeman tergelak lagi dan berkata " tempat tu memang keras,Blok ditepi tu lah pot geng2 perempuan Plastik. ko bernasib baik sorang je kacau, kalau tidak meranalah awek ko, yela kang hilang virgin ko nanti"
haha begitulah ceritanya, namun telah aku ubah mengikut kesesuaian.
Penulis skrip dan jalan cerita Farah Yasmin Binti Hasbullah.
Director aku.
Tajuk: 'Hai bang"
Mengandungi Unsur seram yang agak melampau dan sedikit lucah.
"watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan orang lain. Hanya imaginasi penulis yang obses cerita misteri. Kebiasaanya cerita seram, hantu akan membelakangi pelakon rite?then untuk menunjukkan kesaspenan hantu akan berpaling dan menunjukkan muka yang sangat hodoh dan menakutkan rite? tapi mengikut imaginasi penulis, bila hantu berpaling bukan wajah hodoh hantu yang dilihat tetapi seorang pondan yang bertahi lalat ditepi bibir,bulu hidung terkeluar, bibir yang tebal dan sebagainya yang agak mengerikan mengalahkan wajah hantu itu sendiri hahaha"
love u babe..
1 comment:
hahaha kalau post kt fb i nak likeeeee
ee cite paleng bapok, jejes, lucah, gelimat,
erkkk~
ke dikarang dr pengalaman sdiri ni?
heh heh
Post a Comment