banyak peristwa yang berlaku di tahun 2009,
sedar tidak sedar aku telah pun meningkat dewasa seiring dengan peredaran masa yang semakin pantas berlaku:
pada tahun 2009 ini, banyak perkara yang menarik dan menyedihkan berlaku. Namun otakku sejak dari semalam cuba untuk mengingati semula namun Hampeh belaka kerana aku tak ingat apa-apa pun. kritikal tol.. But yang pasti tahun 2010 ni aku harap akan memberi seribu pengertian yang terbaik buat aku dan masa depan anak-anak aku.(haha mengarut betul)
perkara yang memalukan berlaku tahun 2009??
Aku teringat,bila aku terjaga dari pengsan, lepas tu aku tengah terbaring dijalan raya. Sebab yang utama bukannya aku berpiknik, atau pun sesaja nak realise tension. Namun kerana aku terlibat kemalangan jalan raya. haha malu sebab tersedar je, ramai yang perhatikan,seriusly macam drama melayu dalam tv .
Perkara yang memalukan jugaberlaku bila aku terjatuh dikhalayak ramai. time WUPID event. Memalukan, nasib baik lah aku tak kenal sangat pun orang yang tengok aku jatuh tu. aku pun buat2 biasa, padahal dalam hati memang sangat malu sampaikan terasa nak buat plastic sugery hihi.
apakah perkara menyedihkan yang berlaku di tahun 2009 ni??
banyak gila,
tak balik raya,( raya haji ngan raya puasa)untuk kali yang berapa ntah tak tau. Jauh dari family but im strong enough ok to faced it..
Bila gaduh dengan gf haha. siyesly,
xpass lesen huh
WHY?????
perkara mengembirakan??
dapat hadiah from someone who i love,
pergi genting highland, pergi taiping for fieldwork, pergi site untuk ambil sample water haha
sangat enjoy,tak terkira rasanya, lebih-lebih lagi ketika di genting. aku buktikan kepada semua orang, biarpun aku gayat aku berani cuba juga permainan extreme tu(roller coster) time tu aku orang pertama yang naik benda tu. its quite interesting,
wahh nak main lagi.
sesiapa jom pergi trip to genting?????
lepas tu perkara menggembirakan, orang pertama dapat tawaran tempat untuk LI haha.. Biarpun aku apply sikit(tempat LI) je, namun rezeki allah siapa yang tahu?, aku tak mengalami kesusahan seperti rakan ku yang lain.
Actually banyak lagi tapi aku dah lupa pun..
ok enough for 2009 now preparation for 2010.
setiap tahun seperti sekarang ramai yang cuba untuk memotivasikan diri dengan memasang(*betul ke memasang??? hehe) azam yang ingin dicapai pada tahun seterusnya. Aku actually tak termasuk pun dalam golongan tu.setiap hari aku mempunyai azam yang berbeza.. Bukan bermaksud aku tiada pendirian namun ianya adalah sebagai satu pemangkin kepada diriku sendiri untuk berjaya dalam setiap apa yang aku inginkan.
disini biarlah aku cuba tulis sebagai peringatan kepada diriku, apakah dan ke manakah arah tujuku untuk tahun 2010 ini.
pertama, aku cuba menghabiskan latihan industri ku ini dengan jayanya. aku harap aku dapat mempelajari seberapa banyak ilmu, samaada ilmu berkaitan course yang aku ambil ini, ilmu perniagaan dan ilmu 'public relation'..Aku sedar, aku bukan seorang insan yang dilahirkan mempunyai keistimewaan dalam 'public relation'. tapi aku berazam untuk meningkatkan lagi dan cuba sedaya yang mungkin.
Aku harap dapat mempelajairi selok belok perniagaan.cita-cita ku sejak dulu lagi,biarpun aku sekarang mengambil course yang jauh menyimpang daripada cita-citaku tapi aku tahu allah tu maha berkuasa. "boleh jadi apa yang buruk bagi kamu itulah yang terbaik untuk kamu dan apa yang terbaik untuk kamu itulah yang terburuk bagi kamu" ayat dari AlQuran macam begitulah maknanya. aku terlupa surah apa ayat berapa hehe.(korang check semula ok)
sekarang pun aku cuba untuk memahami perniagaan melalui internet, tapi aku tak berani lagi untuk bergerak lebih jauh lagi sebab takut dengan risiko hahaha. yela aku still lagi student ok.
duit pun still lagi Gov yang tanggung..
"ya Allah permudahkan lah urusanku,sampaikanlah kesudahan cita-citaku sewaktu aku hidup dan sesudah aku mati"
tahun 2010 ni juga aku harap menjadi tahun yang terbaik untuk aku dan my dear haha
- Tak gaduh
- love each other
- Berjaya dalam apa pun
- dan banyak lagi yang tak patut aku publishkan haha
Aku harap apa yang akan aku lakukan pada tahun2010 ini menjadi sangat bermakna.
Untuk my future,my family yang jauh, my friends and sesiapa saja yang berada disekelilingku yang support aku, yang sayang aku especially for my dear..
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasibsesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendirimengubah nasibnya”
Surah Ar-Ra’d ayat 11
Surah Ar-Ra’d ayat 11
haha copy from my dear blog. Ingatlah selagi kita percaya dengan Allah bahawa tiada makhluk dan tiada upaya sesiapa pun yang boleh tolong kita kecuali dengan izin Allah, insyaallah kita pasti akan berjaya. Jangan selalu pertikaikan bila kita tidak bernasib baik, kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. selagi kita percaya dengan bantuanNya, lambat atau cepat kita akan berjaya. Allah beri kita pelbagai pilihan untuk berjaya, jangan bandingkan diri sendiri dengan kejayaan orang lain kerana kejayaan kita mungkin belum tiba, jangan down tetapi berusahalah sedaya upaya. Allah maha bijaksana..Bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi..
Walaupun aku kekadang jealous dengan kejayaan orang lain,kelebihan orang lain namun aku cuba untuk berfikir secara rasional mengikut pandangan islam.
Aku belajar keranaNya, aku hidup dan mati keranaNya..
Kejayaan Itu Pasti Menjadi Milikku
Amin~
1 comment:
b,
bukan x pass lesen tu patot fall under category pkara paling memalukan ke??? kehkehkeh
Post a Comment