Nov 10, 2009

stress

stress la,
aku tak tau macam mana untuk aku menghadapi stress yang sekarang ini membuatkan aku sangat tertekan. Aku cuba untuk lawan, namun hakikatnya aku semakin blurr. Aku try untuk melupakan then berfikiran positif,
sementara je,
bukan aku nak give up dengan kehidupan, namun kekadang aku tertekan untuk menjadi apa yang aku inginkan, apa yang aku hajati. Aku tak suka untuk bergantung dengan orang lain. Aku percaya dengan diri sendiri yang aku mampu menghadapi apa sahaja yang menghalang perjalananku dalam aku mengejar matlamat hidup aku. Aku jarang untuk minta bantuan orang lain. Kalau mintak tolong pun sekadar benda yang aku rasakan aku dah tak mampu untuk tanggung seorang. Aku sangat mementingkan hati, perasaan orang disekelilingku berbanding perasaan aku sendiri. Kadang aku terasa aku berlaku tidak adil dengan diri sendiri. Ntahlah, semakin aku menghindari semakin itu lah aku berada dalam ‘kestressan’.
Anybody helps me,
Banyak benda yang buat aku stress, namun aku tak nak lah list kan dekat sini, aku terasa seperti nak minta simpati orang lain yang akan baca blog aku ni. Namun aku sedari, semakin aku terasa seperti masalah datang menghimpit kehidupanku semakin itulah aku akan sentiasa terbelenggu dengan keadaan ini. So aku kena berfikiran positif, segala masalh aku ini pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik, janji Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Insyaalah~
Apa matlamat hidup? Suatu pegangan yang menjadikan diri kita termotivasi untuk memajukan diri, menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Definisi sendiri yang boleh aku bagi. Matlamat aku senang je, aku nak Berjaya di dunia dan di akhirat. Berjaya di dunia dengan menjadikan orang disekeliling aku sentiasa happy. Aku tak pernah demand tinggi untuk diriku sebab aku tahu kemampuan diri ku macam mana. Memang kalau kita kaji, demand tu penting untuk meningkatkan rasa self-confident,tapi bagi aku aku tahu matlamat aku, aku tahu macam mana nak capai, aku punya future planning yang aku nak capai.
Bila umur aku 35 tahun aku dah ada Phd. Haha insyaAllah, aku nak punya family sendiri, aku nak jaga family aku, aku nak jadi businessman walaupun aku sendiri x Nampak pun bakat aku dalam perniagaan tapi itulah hasrat aku sejak aku darjah6 lagi. Bakat boleh dipupuk dengan usaha yang gigih. Dan aku percaya bila aku serahkan segalanya kepada Allah, semuanya akan jadi senang nanti. Aku percaya usaha yang kita lakukan akan jadi sia-sia bila kita tidak berserah kepada Allah semata-mata.
Aku dah lega sikit bila tadi borak dengan yasmin. Thanks honey..
Banyak jugalah nasihat yang dia bagi, yang sangat bermanfaat untuk aku, bagiku dia setia mendengar luahan, keluhanku semua tu pun dah cukup bermakna untuk mengurangkan stress yang aku hadapi ni. Dengan nasihat, dorongan disertai dengan gelak, dengan lawak itu pun sudah cukup untuk aku hargai.
(I know my girl) aku Tanya juga apa matlamat hidup dia? Seperti biasa dia jawab dengan nada yang berlawak, seperti tak serius namun aku tahu itu yang ada dalam hatinya. Perempuan senang sangat nak baca fikirannya. Aku banyak bermain psikologi dengannya untuk fahami siapa dia sebenarnya?apa yang dia inginkan dalam kehidupannya. Aku tahu dia punyai idea yang memang wow, dia mampu merancang dengan baik, mampu berfikiran rasional walaupun kekadang setiap keputusan yang dia buat Nampak kurang matang, but like her style. Tak perlulah untuk aku cerita disini siapa yasmin yang telah membuatkan aku tertarik dengannya. Rahsia peribadi hehe.
Aku ada tanya kenapa nak belajar dekat overseas dengan dia? Serius dengan jawapan yang dia bagi aku dapat rasa dia sendiri tak tahu kenapa nak study dekat sana dan kalau betullah tekaan aku dia just nak ikut seperti member-membernya yang lain. Dengan kebolehan yang dia ada, aku yakin dia mampu mencapai hasratnya tu and I pray for her too. Jangan terlalu fikir sangat, kalau diizinNya mesti dapt pergi juga, just study je. Aku pun nak study dekat oversea tapi dengan usaha aku sekarang yang ala kadar aku malas nak fikir sangat hehe Allah yang tentukan just doa je tiap hari. Aku rasa setiap orang mesti punyai cita-cita, hasrat yang tersendirikan? yang membezakan ialah usaha kita untuk mengejarnya. Bak kata pepatah yang selalu aku promosikan time sekolah dulu ‘usaha lift kejayaan takpun usaha escalator kejayaan’ hehe
Sejauh mana pun kita terbang, kita kena ingat siapa kita, kenapa kita terbang? supaya kita tidak terpesong dari landasan kehidupan kita. Selagi kita mampu untuk bangun, kita bangun untuk berdiri, apa yang kita bina untuk hari ini itulah gambaran kepada masa depan kita. Kita akan menjadi kuat pada masa hadapan bila kita boleh menghadapi segala rintangan pada hari ini. Hari ini mencerminkan masa depan. Ntah dari mana aku dapat ayat motivasi macam ni, tapi itulah yang aku rasa sekarang, aku tak perlu jadi orang lain untuk menjadi yang terbaik seperti orang lain.
So hilangkan stress, fikir untuk masa hadapan,
‘you can do it and I can do it’
;)

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian