Nov 10, 2009

bola

Sekarang pukul 3.05am, aku baru je balik dari tengok bola MU vs Chelsea,
Actually, aku bukannya minat sangat pun dengan bola ni, aku suke tengok bola time piala dunia je yang empat tahun sekali tu. Dan antara negara yang aku ske korea selatan dengan brazil. Sebenarnya bukan niat aku nak tulis tentang bola just aku terfikir tadi, ramainya orang tengok bola. Bayangkan hampir setiap kedai mamak area-area U ni semua penuh dengan orang yang gila dengan bola. Taksubnya dengan bola. Betulla yang telah disammpaikan dalam The Arrival, system yang dibina golongan ‘elite’ dunia itu telah Berjaya melalaikan seluruh dunia. Bayangkan sangat susah rasanya untuk berjaga malam untuk qiamulai, tapi bila tengok bola camtu tak terasa pun dah lewat malam. Kalau sesiapa yang belum lagi tengok, the Arrival please luangkan masa sedikit untuk melihat dokumentari tu. Lepas tengok, anda sendiri menilai betul ataupun tidak apa yang ingin disampaikan oleh mereka yang telah menerbitkannya. Sama-samalah kita sedar tentang kita semakin terhimpit dengan dunia ciptaan ‘mereka’.banyak maklumat yang aku perolehi dari dokumentari ini, secara rasionalnya dan jujur aku luahkan apa yang cuba mereka sampaikan untuk menyedarkan kita situasi sebenarnya dunia adalah benar.
Aku mula berfikir tentang apa sahaja pembaharuan yang ‘mereka’ bawa mempunyai agenda tersendiri. Bukan aku bersikap prajudis namun itulah hakikatnya. Hakikat yang perlu aku kongsi dengan semua orang terutama saudara semuslim, inshaAllah..
Sesiapa yang nak the Arrival aku boleh bagi..
Kalau kita dengar sesuatu berita kita kena fikir dari sudut positif dan negative cari kebenaran yang betul2 benar.. jangan main tangkap muat.
Blog aku nilah tempat aku meluahkan apa2 yang aku rasa patut aku sampaikan..
Zaman sekarang knowledge is the power, jangan mudah terpengaruh globalisasi..jangan kejar terlalu dengan kemajuan hingga merugikan diri sendiri. Umat islam sekarang dalam perpecahan. Pernah terfikir tak??umat islam didunia semua mempunyai fahaman bahawa Allah itu tuhan yang satu dan layak disembah dan nabi Muhammad pesuruhnya tapi kenapa sentiasa ada perpecahan?tengok sunni dan syiah, kenapa perlu berbalah?padahal dua-dua mengaku islam..sebab iman kita sangat tipis,sangat-sangat!!!!!tengok UMNO ngan PAS parti islam dalam negara kita. Saling tuduh menuduh bahawa parti merekalah yang paling membela islam. Kalau bela islam kenapa perlu bermusuhan?semua tu sebab pengaruh POLITIK!!nak berkuasa, perpecahan terjadi..bayangkan ada kes terpencil yang ada pasangan yang nak khawin tapi dihalang oleh keluarga disebabkan fahaman politik yang berbeza. Sorang family kuat PAS, sorang lagi UMNO. See???politik diutamakan berbanding agama!!ada tak islam kate,kalau berlainan politik tak boleh khawin?boleh tak kita kata kalau orang tu mempunyai fahaman politik tertentu bererti iman dia kurang,xlayak masuk syurga. Bayangkan iman sebesar zarah pun Allah swt kira, apatah lagi mereka yang menunaikan semayang,berpuasa,zakat dan lain-lain lagi rukun iman tu???
Tepuk dada tanyalah iman kita, hanya kita layak menilai samaada benar atau salah, fikirlah untuk kepentingan umat islam bukan untuk kepentingan peribadi..kita adalah saudara semuslim,
Aku dan kau mempunyai pegangan yang sama
‘tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah’
Kalau niat kita betul Allah akan memudahkan kita, jangan fikir kalau memana parti politik memerintah barulah negara kita menjadi negara islam tapi ubah lah diri sendiri dan keluarga semata-mata untuk kebaikkan ummah, kalau kita saling mencari kesalahan antara satu dan lain, jangan kata nak jadi negara islam pure, nak jadikan negara kita ni aman pun dah susah!! Fikir dengan kelebihan yang Allah bagi, jangan sempitkan fikiran dengan pengaruh politik, tapi fikir untuk agama..jangan lihat apa yang orang lain buat dengan negative tapi lihat juga dari positifnya..
Fikir untuk agama bkn kepentingan politik,.
Just sebagai renungan kita bersama, ambilah yang baik..
Esok test EIA tapi still type untuk blog hehe

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian