Jun 25, 2021

Rasicm di Malaysia Part 1

Di Malaysia kaum terbesar adalah Melayu diikuti kaum Cina, India dan seterusnya lain-lain kaum termasuklah suku kaum di Sabah dan Sarawak.

Sebenarnya isu rasis di Malaysia telah lama berlaku namun ianya seperti barah dalam daging. eh ke barah dalam darah. Ntah korang check sendiri peribahasa tu. Nanti betulkan diruang komen. haha

Ramai mungkin menafikan, tapi itu sebenarnya terjadi. Aku sendiri merasai isu rasicm di Malaysia ni namun tidak seteruk apa yang berlaku di Amarika. Disini masih lagi tersembunyi dan halus boleh aku katakan. Selepas pru14 baru isu ni diberi perhatian ramai orang.

Kalau di Perancis, kecoh tempoh hari muslimah dilarang berniqab dan lebih malang sesetengah sekolah disana juga melarang muslimah memakai tudung. Di Malaysia pun sudah lama terjadi keadaan seperti ini. Namun tiada siapa ambil peduli!!

Di Malaysia ada majikan non muslim melarang muslimah yang ingin bekerja dengan mereka agar tidak memakai tudung. Dan ini berlaku dengan kawan aku sendiri. Selepas habis SPM, tak silap aku dia kerja part time disebuah supermarket. Masa tu dia dilarang memakai tudung ketika berkerja. Masa tu aku tak sengaja terserempak dan dia luahkan benda ni. Dia kerja pun tak sampai sebulan selepas tu berhenti. Dia rasa berdosa. Dan ini realiti di Malaysia. 

Terdapat juga majikan di Malaysia melarang muslim yang berkerja dengan mereka untuk tidak solat kerana dikatakan membuang masa waktu mereka berkerja. Kalau tidak pun, mereka akan diberikan masa yang sangat terhad untuk menunaikan solat dan rehat.

Bagi aku, jika keadaaan ini tidak dibendung oleh kerajaan, ianya akan menjadi seperti satu bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Memang isu sebegini adalah isu terpencil. Aku tak nafikan. Tapi still jika kau tak ambil kesah ianya akan menjadi barah dalam kalangan masyarakat.

Pengalaman aku apply kerja pula lagi teruk. Ada banyak company yang aku jumpa tulis dalam notis iklan siap-siap 'chinese speaking only' atau yang boleh berbahasa mandarin diutamakan. What!

Kalau kau rasa ini yang terang benderang rasis kau kata bukan rasis aku pun tak tahu nak cakap apa, 10 tahun akan datang kita akan jadi seperti di Amarika mungkin.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian