Feb 10, 2019

Aku rasa macam aku sorang duduk dalam dunia ni. Alone. Aku nak cari kawan untuk “berborak” pun payah. Aku bukan takda kawan. Ada je. Tapi kau sendiri boleh agak,kawan tu boleh bawak borak benda yang serius ke tak.

Ada orang, bila kau nak cerita problem engko, dia akan buat main. Tak pun dia blame kau. yela sebab kau banyak fikirlah,kau tak banyak usaha la,kau malas lah. Sebab tu aku rasa tak semua kawan yang kau ada boleh kau bawak borak benda serius dalam diri kau. Lebih2 lagi melibatkan aib sendiri.

Dulu, aku selalu berborak dengan mak aku. Semua benda aku cerita. Setiap hari aku tak pernah tak call  dia. Terpisah beribu batu pun rasa duduk sebelah. Tapi sekarang, aku jarang cerita problem dengan dia. Aku banyak berborak benda happy. misalnya cerita pasal Humaira dan Rumaysa.

Mungkin sebab aku dah kahwin sebab tu aku malas da nak bebankan emak aku.

Tapi aku rasa sebenarnya sebab dia dah tua. Emosinya cepat tersentuh. Aku perasan, tiap kali aku call, bila aku bagitau something  soal “payah” yang aku rasa, mesti dia akan nangis. Nak dengar dia nangis pun aku tak boleh, apa lagi nak buat dia risau.

Kadang aku rasa sesak. Macam aku duduk dalam satu bilik yang sempit. kurang oksigen untuk bernafas. Dihimpit dengan pelbagai keadaan. Yang setiap hari berganti-ganti datang dalam kepala hotak aku ni.

Kadang kita ni, bila orang lain ada masalah. Kita senang bagi nasihat. Suruh rilek. Suruh itu ini yang kau rasa mudah nak bagi dia hilangkan masalah. Tapi bila masalah tu kena diri sendiri, baru tahu tinggi langit.

Sebenarnya kita bagitau orang lain bukan nak mintak nasihat pun. Tapi just nak lepaskan tekanan.

Bila kau ada kawan yang ada masalah. Yang jadikan kau tempat dia luah. Kau jangan gelakkan. Kau jangan perkecilkan. Kau jangan mendabik dada. Kau jangan buka cerita dia dengan orang lain. kita kena ingat, doa orang teraniaya ni mustajab. 

Hari ni kita gelakkan orang, esok orang lain gelakkan kita

Hari ini kita aibkan orang, esok orang lain aibkan kita

Hari ini, kita mendabik dada dengan orang lain, esok orang lain pijak kita sampai lumat.

Allah itu sangat dekat dengan orang yang teraniaya...

Kau kau mungkin sekarang boleh gelakkan orang lain. Esok lusa giliran kau pula kena gelak.

Kau tahu, bila aku fikir kenapa ‘semua orang’ yang dulu ada dengan aku, sekarang nak tengok aku pun jijik. Sebab Allah nak tunjuk siapa mereka. Sebab Allah nak tunjuk siapa orang yang ada disekeliling aku. Yang boleh support bila aku jatuh.

Serius. Bila kau jatuh, baru kau akan nampak “siapa-siapa” disekeliling kau.

Nasihat aku, bila kau jatuh, ingat bebaik siapa yang sinis dengan kau. Siapa yang gelakkan kau. Pi mengadu dengan Tuhan. Kau perati berapa lama dia boleh mendabik dada..

Bila kau rasa dunia ni penat sangat buat kau, itu maksudnya Allah panggil. Dia nak kau dekat dengan dia.

Bila masalah datang bertali arus, itu maksudnya Allah panggil. Dia nak kau dekat dengan dia.

Bila semua orang ignore kau, itu maksudnya Allah panggil. Dia nak kau dekat dengan dia.

Orang lain mungkin nampak kau hina, jijik, bodoh, tak berguna, sampah, Allah sebenarnya nak kau sedar. Dia tak pernah jauh dari Kau. Kau yang sebenarnya bodoh menjauh dari Dia.




No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian