Jun 26, 2022

Agama di mata manusia di zaman ini.


 Kadang, kejadian macam ni selalu terjadi. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergaul dengan orang yang so called 'modern'. Kejadian ni akan dianggap janggal walaupun kepada muslim.

Aku pernah kena. Masa tu majlis perkahwinan which is bagi aku tak lah penting sampai mengabaikan waktu solat. Kau faham kan? Waktu ni aku hanya sekadar tetamu bersama yang lain.

Kalau tadi majlis tu perkahwinan aku, mungkin ada perbincangan lain. Tapi ini sekadar tetamu yang tak penting. Jadi bila masuk waktu solat, aku bagitau kawan aku nak solat dan ajak sekali.

Masa tu aku tak tahu jadi isu besar. Sebab kalau pun mereka tak nak ikut sekali aku boleh pergi sendiri. Lagipun solat ni bukan ambil masa berjam-jam. Lebih-lebih lagi lelaki tak perlu telekung dan make up sebagainya. Ini bini aku bagitau bila dia keluar lambat bila solat di Mall. Padahal aku tak cakap apa-apa pun.

Berbalik kepada cerita, masa tu kecoh konon aku nak nampak islamic, aku tak bertimbang rasa dengan majlis orang lain dan macam-macam lagi tuduhan.

Padahal mengikut perkiraan aku, solat kurang daripada 10 minit dan majlis tu kalau tak solat awal-awal akan terkejar-kejar dengan benda lain lagi. Lagipun aku melihat masa tu tak ramai yang pergi ke surau, dan kami sekadar duduk bersembang sedangkan waktu tu azan tengah dilaungkan.

Masih aku ingat, sampaikan ada seorang dua siap nak belasah aku sebab aku bagitau kita solat dulu. Bukan susah pun. 

Korang yang pernah kena situasi ni, kalau betul tak ada keperluan penting untuk tangguh solat, solat dulu buat kerja kemudian. Aku tak kata dalam sesetengah situasi misalnya korang terpaksa lewatkan solat tapi paksa juga untuk solat awal. Tak! Tapi ini aku bagitau bila situasi tak begitu mendesak untuk lewat-lewatkan solat.

Korang sendiri boleh nilai perlu ke tak perlu lewatkan solat masa tu. Korang nilai berdasarkan neraca agama dan diri korang.

Aku bukan apa, ramai melihat agama sekadar agama yang terlekat di kad pengenalan. Semakin ramai. Sebab tu bila ada yang tegur dalam isu aurat, akan ada melenting dan buat statement ala yang jaga aurat pun ramai rosak. Dik, ini bukan statement daripada orang yang beragama islam.

Bila ditegur, terimalah walaupun pahit. Kerana kebenaran itu memang sangat pedih bila kita mengalaminya. Tapi besar ganjarannya disisi Allah.

Aku pun kadang tak suka juga ditegur. Tapi bila betul aku salah, aku terima tanpa perlu perli agama sendiri dengan memburukkan syariat yang Allah telah tetapkan. Bertudung tapi jahat dan sebagainya. Ini kenyataan kufur. Bertudung tu bukan bapak kau tetapkan, tapi Allah.

Isunya, beranilah untuk tunjuk kita ni islam. Bukan untuk menunjuk, tapi untuk Allah. 


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian