Masa di Universiti, ramai kawan aku terjebak dengan benda ni. Ramai tersilap dan menganggap MLM ini adalah perniagaan yang boleh menjadikan mereka KAYA.
Untuk kau yang baru nak berjinak-jinak dengan MLM ni, kau tinggalkan lah. 'Perniagaan' ni akan buat kau sempit dan akan jatuh ke lembah hinaan. Berapa banyak mereka yang terjebak dengan MLM ni akhirnya berhutang keliling pinggang! dikejar dengan kawan-kawan yang kau janjikan keuntungan langit dan bumi akhirnya semua modal hangus!
Kawan aku ada yang sampai bergaduh adik beradik, bergaduh saudara mara, dan bergaduh rakan baik disebabkan janji untuk jadi senang dan kaya.
Sedarlah, tidak ada perniagaan yang kau labur sikit tapi kau dapat pulangan berlipat kali ganda. Kalau ada rakan yang tunjukkan kau satu perniagaan yang baru, dan dia kata boleh untung banyak dengan hanya labur modal sedikit sebagai permulaan dan tunggu duit bulan-bulan masuk, itu tipu!
Di dunia ni, semua orang jadi kaya dengan usaha. Kalau pun dia tak usaha, itu mungkin kekayaan warisan atas usaha keluarga dia sebelum ni.
Belajarlah untuk jadi bijak. Kalau betul kau nak jadi usahawan, mula dengan buka gerai tepi jalan. atau jadi dropship jual produk orang lain. Usaha lah untuk berjaya.
No comments:
Post a Comment