Jun 14, 2021

Bagaimana mendidik anak?

 Didik lah anak kau ikut apa yang kau rasa terbaik untuk dia. Bukan kau didik anak untuk ikut apa yang orang lain rasa terbaik untuk anak kau.

Aku perhati sekarang parents berlumba-lumba didik anak dia ikut macam anak orang lain disekeliling dia. Bagi aku ini tidak adil untuk budak-budak.

Budak-budak dia nak masa dia bermain lebih. Tapi kau dah start ajar dia berdikari awal konon supaya dia jadi terbaik dan lebih daripada anak orang lain. Ini bagi aku sangat bodoh!

Aku tak maksudkan kau kena biarkan anak kau main 24jam. Tak. Maksud aku kau tak perlu nak paksa anak kau jadi macam anak orang lain. Anak orang lain pandai speaking, kau paksa anak belajar english. Padahal kau dirumah bercakap dalam bahasa melayu. 

Anak orang lain belajar berenang kau pun paksa anak kau belajar berenang. Dan macam-macam lagi, sampaikan aku kadang kesian dengan budak-budak ni. Kecik-kecik dah jadi macam orang dewasa.

Aku bagi contoh Rumaysa. Budak-budak sebaya dia dah awal-awal kena paksa tak perlu pakai pampers. Konon dilatih dari awal. Masa tu kau perhati habis dia kencing merata satu rumah, tilam bau hancing sebab tiap malam kencing.

Rumaysa tak. Setiap hari aku selalu tanya dia dah boleh ke tak pakai pampers. selalu dia bagitau, not yet daddy. Im still want kincing here. Sambil tunjuk pampers dia. Then aku biar je. Sebab kau kena tahu, satu tahap budak-budak akan tak suka pakai pampers. Depa rimas.

Macam Rumaysa, bila dia selalu tarik-tarik pampers, then selalu minta tukar pampers biarpun dia tak kencing pun lagi, then itulah tanda dia dah give up pakai pampers.

Then kami slowly, ajar dia tak perlu pakai pampers. Ajaibnya kau tahu dalam masa tak sampai seminggu dia dah boleh kencing dan berak dalam toilet. Dia dah pandai panggil if dia nak ke toilet untuk kencing or berak.

Dan sampai ke artikel ni aku tulis, dia tak pernah lagi kencing malam atas tilam biarpun malam tu dia berlari ke, minum air banyak ke.

Sebab tu aku bagitau, kita sebagai parents sebenarnya lagi faham anak kita perlukan apa berbanding orang lain. Tak perlu pun kau nak ambil nasihat orang lain yang mungkin betul dan mungkin salah untuk anak kau. 

Kalau corak anak kau ikut acuan orang lain, kau tunggulah mesti ada something wrong somewhere. Anak kau dengan orang lain tak sama.

Paling penting, doalah untuk anak setiap hari. Doalah dia dilembutkan hati,dilindungi didunia dan akhirat. Ini sangat penting. Serah dengan Allah. Minta Allah jaga mereka. Ajarlah mereka agama dengan baik. Kenal agama dengan ikhlas. Ajar mereka mentauhidkan Allah.

Ingat, anak yang bagus dididik ,akan jadi penyelamat kepada ibu bapa mereka kelak. Kalau bukan didunia insyallah diakhirat. 3 amalan yang takkan putus selepas kita mati nanti salahsatunya adalah doa daripada anak yang soleh.


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian