Mar 31, 2017

Kau diam boleh?

Aku boleh katakan zaman sekarang ni zaman semua orang ingin mengeluarkan pandangan. Zaman dimana freedom of speech menjadi 'tuhan' kepada setiap tindakan,percakapan dan pemikiran.

Walaupun isu yang ingin aku kupas sudah agak ketinggalan,namun sebenarnya kesan kepada masyarakat semakin berbekas. Sebenarnya aku sudah lama biarkan tangan aku kosong untuk terus menaip dan otak bertungkus lumus menyediakan bahan dalam blog ini. dan aku sebenarnya sedikit janggal.

Apa yang ingin aku tulis ialah tentang 'beauty and the beast' yang sebenarnya aku tak nak komen pun. Tapi disebabkan ada sesetengah masyarakat yang bodoh memberi komen tentang adegan GAY dalam filem ini, maka aku sebagai hero terasa terpanggil untuk memberikan buah pandangan yang kritis dan mengkritik pandangan liberal yang aku syak dia sendiri tidak sedar.(kebiasaanya aku panggil bodoh yang tidak sedar diri)

Bila ada pandangan mengatakan "wei kau takkan jadi gay pun kalau engko tengok adegan gay dalam filem tu. Kau tengok filem ombak rindu ok plak, tapi filem yang ada unsur gay kau bertukar pula jadi pejuang agama'. Ini antara sedikit hujah bodoh dan agak dangkal yang aku cuba jawab.

Persoalan yang kita takuti sebenarnya bukannya kita akan jadi gay or what so ever saitan bila kita tengok filem seumpama itu. atau yang menayangkan babak-babak gay. Bukan!. Apa sebenarnya sekian scholars islam cuba tegah ialah agar makhluk yang telah dilaknat Allah ini tidak dilihat dalam masyarakat sebagai NORMAL. khususnya perbuatan mereka.

Umpama otak yang di brainwash. Bila dah diterima masyarakat maka benda tu dilihat bukan lagi sebagai satu dosa atau satu benda yang dilaknat dalam agama, tapi mereka mula melihat dari sudut kebebasan bersuara, mereka mula bersuara atas dasar human right yang sangat bertentangan dengan adab masyarakat sendiri, juga kepada agama. Engko faham?

Nanti cucu cicit engko tengok LGBT ni sebagai benda biasa. Zaman sebelum ni ko ada pernah dengar depa ni berani nk tunjuk diri? dan pernah tak ada suara anjing eh suara sumbang yang anggap benda ni normal? tak kan?

Sekarang, kau akan dengar banyak yang beri pandangan, biarlah depa, bukan kacau periuk nasi engko pun,bukannya mintak duit engko pun..Kau perasan tak pemikiran liberal beginilah menyebabkan benda ni kini tidak dipandang sebagai satu perbuatan yang melanggar norma kehidupan pun.

Itu sebenarnya yang aku nampak kenapa kita perlu TEGAH mereka yang cuba mempromosi anjing lgbt berterusan!

Aku pun tak perasan sejak bila kaum ni mula berani menonjolkan diri. Ntah lah..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian