Jul 4, 2013

Ini Demokrasi?

Mesir atau Egypt yang beberapa hari ini bergolak dek kerana kebangkitan rakyat kononnya kini mungkin telah reda kerana presidennya sebelum ini iaitu Morsi telah pun meletak jawatan. dan kini tentera mengambil alih sementara pentadbiran negara.

Aku tidak ingin mengulas lebih lanjut hal kenapa rakyat bangkit yang katanya untuk menentang kezaliman dan keegoan Morsi. Terlalu banyak teori yang di mainkan dimedia massa dan aku malas untuk menulisnya dan cukup aku sendiri tahu.

Di Malaysia berlaku double standard prinsip dalam isu ini. Dahulu mereka-mereka yang sangat pro kepada demonstrasi bersetuju dengan hal ini  dan sekarang mereka telah tidak bersetuju dengan hal yang sama mereka lakukan dahulu (Menjatuhkan pemerintah islam yang sah)

Dahulu mereka katakan inilah demokrasi yang di inginkan rakyat iaitu kuasa diberi kepada rakyat walaupun atas jalan yang salah iaitu rebel kepada pemerintah islam (walaupun dicop sekular atau liberal).

Tapi sekarang, mereka cuba menafikan pula rakyat yang turun berdemonstrasi hari ni atas alasan yang sama mereka pakai dahulu iaitu zalim, kronism dan pelbagai lagi. Dan hari ini mereka menggunapakai pula alasan tak boleh menjatuhkan pemerintah islam yang sah.

Pendapat aku bagi orang seperti ini, "brothers and sisters pergi ludah atas lantai dan jilat balik ludah tu. sedap?"

Nabi dahulu berpesan;

“Barangsiapa yang melihat pada amirnya terdapat satu hal yang dia benci hendaknya ia (tetap) bersabar.” (Hadits dalam As Sunnah Ibnu Abi Ashim 1101)

“Sungguh akan terjadi sifat-sifat egoisme dan perkara lain yang kalian ingkari (dari pemerintah)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang baginda perintahkan untuk kami (bila zaman itu kami alami)?” Beliau menjawab: “Kalian tunaikan hak-hak (pemerintah) yang menjadi kewajiban kalian dan kalian minta kepada Allah apa yang menjadi hak kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 3335 dan Muslim no. 3430)

"Taatlah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan kamu (Surah: Al Nisaa',59)

"Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa derhaka terhadapku dia telah derhaka terhadap Allah dan barangsiapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barangsiap yang derhaka terhadap pemerintahnya dia telah derhaka terhadapku" (Riwayat Bukhari&Muslim)

"Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya pada pemerintahnya hendaklah dia bersabar terhadapnya, sesungguhnya barangsiapa yang keluar daripada jemaah (orang islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah" (Riwayat  Bukhari&Muslim)

Mati dalam jahiliah bererti mati dalam kesesatan dan bukan jatuh kafir (Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathulbari)

dan ada banyak lagi Hadis nabi berkaitan dengan pemerintah dan taat kepada pemerintah.

Apabila kami ditanya adakah gembira dengan kejatuhan Morsi iaitu pemerintahan Islam? Jawapannya sama seperti bilamana ditanya adakah gembira dengan kejatuhan Hosni dahulu iaitu TIDAK!

Mungkin ada yang akan berkata, kau sukalah regim Hosni? diktator? liberal, sekular dan sebagainya?

Jawapannya, Tidak! kerana Nabi berpesan wajib taat kepada pemerintah Islam yang sah dan hanya taat dalam perkara yang maaruf!

Sabda Nabi;

"Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai dan yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat; sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaatan (Dalam hal kemaksiatan itu ) (Riwayat Muslim)

Jelas bukan? adakah akal anda lebih baik daripada apa yang telah Nabi ucapkan? Lihat apa kesudahan di Mesir? Bila sunnah Nabi ditinggalkan (dalam hal ketaatan kepada pemerintah), mereka akan sentiasa melakukannya lagi dan lagi!

Kalau Demonstrasi sekarang dikatakan merupakan agenda US dan Israel or puak yang tidak suka Islam berkuasa, maka anda SILAP. Agenda mereka yang memusuhi islam telah lama berjalan sejak Demonstrasi yang pertama lagi! dan anda menyokongnya! Sekarang anda hanya double standard!

Lihat betapa ramai peserta mengikuti rally kali ni (yang dikata sesetengah rakyat malaysia sebagai siapa yang berdemo hari ini adalah mereka yang membenci islam!, dan mejority rakyat Mesir turun memaksi Morsi letak jawatan. dan mereka berjaya. Adakah seluruh rakyat yang berdemo benci islam? Tidak, mereka benci pemerintah seperti mana dahulu mereka benci kepada Hosni)





Adakah mereka semua ini tolak islam? Begitulah fatwa mereka-mereka yang merasakan islam itu hanya kepada puak mereka, parti mereka dan golongan mereka sahaja. Merekalah yang sebenarnya membelakangi Islam in the first place!

Klik video disini dan lihat betapa ramai rakyat Mesir inginkan Morsi jatuh 

Bertakwalah kita kepada Allah. kembalilah kepada ajaran islam yang sebenar. Ingatlah Firman Allah

"dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai berai" (Surah: Al-Imraan,103)

"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang dan bersabarlah; sesunngguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar" (Surah Al-Anfaal, 46)

"dan janganlah kamu tergolong dlm golongan orang2 musyrikin.(Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak dan setiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya" (Surah Al Rum, 31-32)

Wallahu' alam

Pesanan aku:

Bilamana kita merasa diri kita atau kumpulan kita, atau parti kita lebih islamic daripada orang lain, maka disitulah titik dimana kita, parti kita, kumpulan kita adalah jauh lebih teruk daripada orang yang kita sangka kan..

Ketika seseorang mengkritik saidina Ali ra kenapa zamannya berlaku huru hara tidak seperti sebelumnya, saidina Ali ra menjawab, "zaman dulu aku menjadi rakyat, zaman ini org seperti engkau menjadi rakyat"

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian